Central Market
Masjid Jamek kini berusia lebih 116 tahun. Gambar ini diambil dari ruang pertembungan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. – Foto: Think City.
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad: Menyingkap Masjid Tertua KL
Antara mercu tanda tertua dan paling disayangi di Kuala Lumpur, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad telah berdiri di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak sejak tahun 1909. Selama lebih setengah abad, masjid ini berperanan sebagai masjid utama bandar raya, menjadi tempat ibadat bagi umat Islam sebelum peranan tersebut diambil alih oleh Masjid Negara.

Ramai pengunjung tidak sedar bahawa masjid ini berdiri di atas tapak yang dahulunya merupakan sebuah tanah perkuburan. Tapak ini dipilih selepas Masjid Jalan Java yang terdahulu dipindahkan bagi memberi laluan kepada pelebaran jalan. Hari ini, dengan kubah yang anggun, gerbang yang indah serta menara yang menjulang tinggi, Masjid Jamek kekal sebagai simbol sejarah Kuala Lumpur yang kaya, di mana kisah bandar ini terungkap di pertemuan dua batang sungai.

Menggabungkan pengaruh seni bina Mughal dan Moor, masjid ini disifatkan oleh Sir Henry Conway Belfield, Residen British Selangor pada ketika itu, sebagai antara contoh terbaik seni bina seumpamanya di Tanah Melayu.
01
Kisah yang Berakar dalam Sejarah Awal Kuala Lumpur

Lokasi asal Masjid Jalan Java yang terletak di Bangunan Gian Singh & Co, bangunan di persimpangan antara Jalan Java (kini Jalan Tun Perak) dan Lebuh ampang. – Foto: Google

  • Kisah Di Sebalik Masjid Jamek: Menyingkap pada awal abad ke-19, kisah disebalik berdirinya Masjid Jamek Kuala Lumpur ini menceritakan kisah yang berlaku sewaktu penempatan awal kawasan yang kini bergelar Kuala Lumpur. Sejarah pembinaannya membawa kepada Masjid Jalan Java di mana tapak asalnya terletak di bangunan Gian Singh (persimpangan antara Leboh Ampang dan Jalan Java (kini Jalan Tun Perak). Bagi tujuan melebarkan jalan, masjid ini terpaksa dirobohkan. Pihak amanah masjid bersetuju tapak itu di ambil, namun mereka meminta sebuah masjid baru diganti di kawasan berdekatan.
  • Dana Pembinaan: Pengumpulan dana melalui anggota Melayu di dalam Majlis Negeri Selangor dan pemberian dari DYMM Sultan Selangor pada ketika itu, Sultan Alae’ddin Suleiman serta Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah berjaya meraih sebanyak $33,538.25 Dollar Selat. Pada 25 Mac 1908, 9 keping syiling (tiga ‘sovereign’ dan enam dollar) telah ditanam di bawah tapak menandakan pembinaan Masjid Jamek telah bermula. Masjid ini mengambil masa selama setahun sembilan bulan untuk siap dibina.
  • Perasmian Masjid Jamek: Siap dan dirasmikan pada 14 Safar 1336 bersamaa 25 Disember 1909 oleh Sultan Alae’ddin Suleiman. Arah masuk ke masjid ialah dari Jambatan Gombak dan Dewan Bandaraya Lama, dari Jalan Java (kini Jalan Tun Perak) dan juga sungai.
  • Penamaan semula: Pada 23 Jun 2017, kini namanya diubah kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, dalam satu Majlis Penamaan Semula yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

02
Keindahan Seni Bina Masjid Jamek
Masjid ini direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan Arthur Benison Hubback yang menampilkan gaya seni Moghul dan Neo-Moorish yang mana inspirasinya di ambil oleh bangunan zaman India British. Struktur asalnya masih utuh, seperti yang kita lihat bangunan di tengah-tengah masjid yang terdapat pada hari ini.

  • Bahagian Utama: 40 kaki dalam dan 100 kaki lebat.
  • Dikedua-dua penjuru: Terlihat berdirinya dua menara simetri, masing-masing berketinggian 88 kaki.
  • Asas binaannya ketika itu: Bahan-bahan yang digunakan ialah batu-bata dan plaster. Manakala tiga kubahnya diperbuat daripada kayu dan dilitupi dengan bumbung malthoid (bahan kalis air dan cuaca yang diperkuat dengan bitumen, dicar dengan tar dan dilapis dengan pasir taburan).
Ruangan solat yang dapat anda lihat dari pintu masuk utama Masjid Jamek. – Foto: Wan Nor Alia Wan Ali
03
Masjid Jamek Kini
Kini masjid yang sudah berusia lebih 116 tahun ini masih berdiri kuat di tapaknya. Ia menjadi antara simbol ikonik buat negara kita dan menjadi tumpuan buat pelancong untuk datang dan menghayati sendiri keunikan seni binanya.

Namun di sebalik kecantikan luarannya, di dalam ruangannya, masjid ini masih berfungsi sebagai ruang ibadat untuk semua umat Islam.

Waktu melawat pelancong untuk Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dibuka pada sesi berikut:
  • Sesi pertama: 8 pagi - 12.30 tengah hari;
  • Sesi kedua: 2.30 petang - 4 petang
  • Ditutup pada hari Jumaat.

Key Strategies

KLCCD’s Strategic Master Plan outlines seven core strategies to transform downtown KL into a thriving cultural district.

The new face of Kuala Lumpur

A city shaped by history and growth — explore Kuala Lumpur’s story in our booklet.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai tempat-tempat menarik berdekatan

Shaping the Future of KL

Warisan KL aims to redefine Kuala Lumpur as one of Asia’s premier creative and cultural destinations – a city where history, creativity, and modernity come together to create a dynamic and inclusive urban experience.
Hubungi kami
Ikuti kami di
Ooops!
Generic Popup2