Wan Nor Alia Wan Ali | Foto oleh Azzad Azman | 6 Mei 2025
Malaysia merupakan sebuah negara unik yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dengan kepelbagaian budaya, adat, makanan, warisan dan agama, namun hidup dalam sebuah masyarakat yang harmoni, di mana agama Islam merupakan agama rasmii. Oleh itu, Malaysia sering menjadi pilihan buat pelancong, terutamanya bagi yang beragama muslim.
Bagi mengetengahkan pembangunan sektor pelancongan yang mesra muslim di Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC) telah diberi mandat sejak tahun 2009, khususnya dalam penyelidikan dan latihan, pengiktirafan, pembangunan kapasiti dan pembangunan industri dalam pelancongan Islam di negara ini.
Menurut Anis Rozalina Ramli, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat ITC “Malaysia menjadi pilihan destinasi utama pelancong (terutamanya Muslim) kerana kemudahan akses kepada
makanan Halal, kepelbagaian budaya, pengalaman membeli-belah yang luar biasa, kemudahan beribadah serta kepelbagaian kemudahan infrastruktur,” tambahnya “Ini membolehkan Malaysia merangkul kemenangan buat tahun ke-9 secara berturut-turut sebagai “Top Muslim-Friendly Destination of the Year (OIC)”, di Halal Travel Award 2024 yang mana diiktiraf oleh Mastercard-CrescentRating GMTI Awards.
Tambahnya “Dalam konteks Pelancongan Islam, Kuala Lumpur turut menonjolkan warisan seperti masjid-masjid bersejarah serta tradisi masyarakat Muslim, terutamanya sepanjang bulan Ramadhan. Aktiviti Iftar sebenarnya menjadi salah satu penarik buat pengunjung datang melancong ke sini terutamanya di ibu kota. Sebagai contoh Program seperti Iftar di Dataran Merdeka berlatar belakangkan bangunan ikonik sultan Abdul Samad, serta suasana iftar di masjid-masjid utama adalah penarik buat pelancong merasai sendiri pengalaman berpuasa dan beriftar di sini.”
“Secara tidak langsung kita dapat bagi pelancong luar memahami, kekayaan budaya ini penting kerana ia menawarkan gambaran sebenar tentang identiti Malaysia - sebuah negara moden yang berakar kukuh pada sejarah, budaya dan nilai-nilai tradisinya,” tambah Anis.
Ibu Kota Kuala Lumpur mempunyai keunikan dengan menyerlahkan kekayaan warisan melalui seni bina ikonik. Semestinya jika anda ingin menjejaki kesenian Islam, tidak sah jika anda tidak menjenguk warisan seni bina Islam dan fahami sejarahnya. Jadi kami ingin kongsikan 3 masjid utama yang boleh anda kunjungi jika anda berada di Kuala Lumpur:-
Terdapat juga beberapa masjid lain yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur termasuklah Masjid India, Masjid Al-Bukhari, Masjid Jamek Kampung Baru, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah – yang mana setiap satu mempunyai keunikan tarikan tersendiri serta seni bina yang menarik.
Discover more stories