Tea Thambi menyajikan keselesaan dalam secawan chai

Chin Jian Wei | 13 February 2025

Tersorok dalam kesibukan Jalan Tun Perak, di mana bangunan kolonial tersusun bersebelahan mangunan moden, terdapat sebuah gerai sederhana di tengah kawasan pejalan kaki dengan aroma rempah teh yang memikat. Tea Thambi, terletak berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek, pastinya ia lebih dari kedai tepi jalan yang biasa apabila anda dapat menghirup secawan kopi chai - kerana ia meraikan tradisi yang berkurun lamanya dalam budaya masyarakat majmuk kita.

Aromanya teh masala yang harum, membawa anda ke akar umbi pekerja dan pedagang India Muslim yang telah membawa rasa cinta mereka terhadap rempah teh ke Tanah Melayu sewaktu abad ke-19 and 20. Lama kelamaan teh tarik, teh chai dan pelbagai variasi teh India yang lain telah menjadi minuman lazim sambil menikmati makanan tradisi, yang boleh dinikmati di kopitiam, warung tepi jalan serta mamak di seluruh negara.
Diasaskan oleh Kavievanan Subramaniam, 28, seorang graduan kejuruteraan yang telah memilih untuk menghormati budayanya dengan berkongsi secawan kopi chai panas. Bagi anda yang tidak tahu, perkataan “Thambi” membawa maksud “adik lelaki” dalam Bahasa Tamil, bahasa yang signifikan di Malaysia, yang digunakan oleh majoriti Kaum India. “Sebelum pandemik, saya berada di landasan untuk menjadi seorang jurutera, tetapi pandemik membuat saya berhenti sejenak dan memikirkan semula matlamat saya,” kata Kavievanan. “Saya sedar secara peribadi, saya mahu melakukan sesuatu yang lebih bermakna, sesuatu yang boleh menghubungkan saya dengan orang ramai. Dari situlah idea Tea Thambi muncul – berkongsi keselesaan secawan chai yang hangat dan mencipta ruang di mana boleh diterima semua. Ia adalah perubahan yang besar, tetapi saya rasa betul.”
“Saya sedar secara peribadi, saya mahu melakukan sesuatu yang lebih bermakna, sesuatu yang boleh menghubungkan saya dengan orang ramai. Dari situlah idea Tea Thambi muncul – berkongsi keselesaan secawan chai yang hangat dan mencipta ruang di mana boleh diterima semua. Ia adalah perubahan yang besar, tetapi saya rasa betul.”

Kavievanan Subramaniam
Tapi mengapa teh? Menurut Kavievanan teh amat bermakna baginya dan sentiasa memainkan peranan dalam menyatukan orang ramai. “Semasa membesar, saya melihat bagaimana teh menjadi penghubung kepada setiap perbualan, perayaan dan juga memberi ketenangan di waktu sukar. Kami memilih teh kerana ia adalah akar dalam tradisi dan budaya kami, dan ia memberi kami peluang untuk menonjolkan sesuatu yang autentik. Teh adalah sesuatu yang kami rasa boleh benar-benar mewakili setiap dari kami dan apa yang kami hargai.”

Rasa teh itu sendiri kompleks dan berlapis, namun menenangkan dan tiada kepura-puraan. Kavievanan berkata, “Kami menggunakan campuran rempah dan daun teh yang dipilih dengan teliti untuk menghasilkan masala chai yang unik, harum, dan penuh dengan rasa. Tiada bahan rahsia, hanya komitmen untuk menyediakannya dengan cara yang betul. Saya belajar membuat teh daripada ibu saya, yang pakar dalam membuat chai tradisional.”

Sedang perniagaan Tea Tambi terus berkembang, Basikal yang tergantung di sebelah gerainya turut menjadi simbol buat jenamanya secara menyeluruhan. Apabila ia menyediakan perkhidmatan katering di pelbagai acara, Kavievanan sering membawa basikal tersebut sebagai hiasan ikonik. Ini kerana, Tea Thambi bermula dengan keringat Kavievanan yang menjual teh, roti, dan biskut terus dari basikalnya.

Katanya, “Basikal ini adalah satu penyelesaian praktikal dan kreatif untuk kami. Kami mahu membawa teh terus kepada orang ramai dengan cara yang mesra dan mudah diingati. Menyediakan gerai memerlukan lebih banyak sumber, tetapi basikal memberi kami fleksibiliti untuk mencapai lokasi yang berbeza, berinteraksi dengan pelanggan secara peribadi, dan tampil menonjol dalam pasaran yang sesak. Ia juga diinspirasikan oleh permulaan yang sederhana oleh peniaga jalanan yang bekerja keras setiap hari. Kami mahu Tea Thambi membawa semangat yang sama – bekerja keras dan merendah diri – sambil mencipta sesuatu yang benar-benar unik. Basikal itu menjadi lebih daripada sekadar cara untuk menyajikan teh – ia menjadi simbol perjalanan kami.”
Masa Depan Tea Thambi
Di Tea Thambi, secawan kecil chai atau kopi hanya berharga RM1. Kavievanan menekankan bahawa harga itu dipilih supaya Tea Thambi boleh dinikmati oleh semua orang, tanpa mengira latar belakang mereka. Dia mahu memastikan bahawa walaupun orang yang melalui masa sukar masih boleh berehat dengan secawan chai. “Ini bukan hanya tentang keuntungan – ia tentang membina kepercayaan, menarik pelanggan yang setia, dan mencipta jenama yang dikenali ramai. Lama kelamaan, pendekatan ini membuahkan hasil dengan membantu kami berkembang dan menerima lebih banyak pelanggan.”

Suatu hari nanti Kavievanan berharap Tea Thambi akan terus berkembang. Tidak menafikan media sosial banyak menyumbang kepada kejayaan jenamanya pada hari ini, yang mana membolehkan Kavievanan berkongsi cerita dan proses, berhubung dengan pelanggan dan membina komuniti. Kini, semakin banyak cawangan dan kiosk telah dibuka di sekitar Kuala Lumpur.
Rancang lawatan anda
Menurut Kavievanan, matlamat yang seterusnya adalah untuk mengembangkan Tea Thambi ke negeri lain di Malaysia. Selain itu, dia juga ingin menjanjikan pengalaman menghantar pesanan yang lancar serta memperkenalkan hidangan baru seperti kepelbagaian teh dan kuih.

“Setiap kali kami membuka lokasi baru atau melihat pelanggan menikmati chai kami, ia membuktikan bahawa kami telah melakukan sesuatu yang bermakna. Tetapi kami juga tahu bahawa perjalanan kami masih panjang, dan kami teruja untuk menyaksikan apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Kami mahu memastikan bahawa apabila kami berkembang, kami tetap setia dengan akar kami dan terus menawarkan pengalaman autentik yang disukai pelanggan kami.”

Cawangan Tea Thambi berada di sekitar ibu kota; Google untuk mengetahui lokasi mereka.

Discover more stories

Ooops!
Generic Popup2