Aktiviti Keluarga Bertemakan ASEAN

Wan Nor Alia Wan Ali | 26 Mei 2025

Menuju Keamanan, karya Han Sai Por di Taman Arca Asean. Foto: Wan Nor Alia Wan Ali
Asean atau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara telah ditubuhkan pada Ogos 9, 1967. Pada awal penubuhannya Asean sebanyak lima negara yang terlibat, kini Asean telah berkembang dan terdiri daripada 10 buah negara di serantau Asia Tenggara; Indonesia, Malaysia, Filipina, singapura, thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja.

Asean telah berkembang menjadi sebuah organisasi serantau yang bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya di rantau ini, selain dapat menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau, meningkatkan kerjasama aktif dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, teknikal, saintifik dan pentadbiran, serta membantu satu sama lain dalam latihan dan penyelidikan. Ini termasuklah juga dalam meningkatkan kerjasama penggunaan pertanian dan industri, memperluaskan perdagangan dan memperbaiki fungsi infrastruktur pengangkutan dan komunikasi.

Sejak awal penubuhannya, Asean telah di hos secara bergilir-gilir oleh setiap negara ahlinya. Tahun ini sekali lagi Malaysia telah berperanan sebab hos buat kali ke-lima bertemakan "Keterangkuman dan Kelestarian"; sebelum ini, Malaysia pernah mempengerusikan Asean pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sementara Sidang Kemuncak Asean ke-46 sedang berlangsung sekarang, dari Mei 26-27, Sidang Kemuncak Asean bersama Rakan Kongsi Dialog akan diadakan pada akhir tahun ini, iaitu pada bulan Oktober.

Tahukah anda terdapat beberapa aktiviti di ibu kota Kuala Lumpur yang berkait rapat atau bertemakan Asean. Paling menarik? Aktiviti-aktiviti ini adalah PERCUMA dan sangat sesuai untuk dijadikan pilihan hujung minggu – untuk anda beriadah dan menambah pengetahuan di samping berhibur bersama keluarga.
Taman Arca Asean
Bawa tikar dan alatan untu berkelah! Taman ini sesuai untuk anda seisi keluarga meluangkan waktu pagi minggu, bersenam dan bersantai sambil menikmati udara segar di tengah kota dan menghargai seni dari negara serumpun.

Taman yang terletak di Taman Tugu, Kuala Lumpur ini secara rasminya dibuka pada tahun 1987 sempena ulang tahun ke-20 Asean. Lanskapnya menempatkan arca-arca hasil penggiat seni dan juga pengkarya dari serantau Asean. Di Malaysia terdapat beberapa skultur yang boleh anda hayati sambil menghirup udara segar di taman ini yang dikelilingi kehijauan alam (walaupun di tengah-tengah kota!). Berikut adalah beberapa arca yang memukau pandangan:
Pertumbuhan, arca Syed Ahmad Jamal dari Malaysia yang menggunakan bahan-bahan seperti marmar (marble Malaysia) dan konkrit. Foto: Wan Nor Alia Wan Ali
Pertumbuhan, hasil karya daripada Syed Ahmad Jamal menggunakan bahan marmar (marble Malaysia) dan konkrit. Konsep yang digunakannya berbentuk 20 kepingan yang tersusun dengan gerak melengkung dari profil rendah kepada bentuk “tumpal” atau tiga segi. Menurut Syed ini melambangkan pertumbuhan dinamik Rantau Asean dalam masa 20 tahun pertama.
Barong-Barong, hasil skulptur Filipina, Jerusalino V Araos. Foto: Wan Nor Alia Wan Ali
Barong-Barong, rekaan anak seni Filipina, Jerusaliona V Araos, telah mentafsir seninya menggunakan kepingan arca dan kaca. Ia merupakan olahan moden Jerusaliona terhadap bentuk senibina lama yang wujud di serata rantau Asean. Menariknya selain menghayati minat, anda boleh berinteraksi atau menggunakan seni bina ini sebagai tempat beristirehat, ruang untuk bermain bagi kanak-kanak dan sebagai kerusi tempat duduk, baring sambil melihat pantulan cahaya pada kaca yang berwarna dari arca ini.

Selain itu terdapat beberapa arca lain yang boleh anda hayati sepanjang trek berjalan kaki di Asean Scupture Garden, Taman Tugu ini seperti Menuju Keamanan, karya Han Sai Por dari Singapura, Pintu Harmoni karya Dolorasa Sinaga dari Indonesia, Kemajuan oleh Itthi Khongkhakul dari Thailand dan Tarian Asean karya Abu Bakar Abdul Rahman dari Brunei. Semua karya ini boleh anda temui dan hayati di tengah-tengah kehijauan kota ini.
Tarian Asean karya Abu Bakar Abdul Rahman. Foto: Wan Nor Alia Wan Ali
Kemajuan karya Itthi Khongkhakul. Foto: Wan Nor Alia Wan Ali
Pameran Keunggulan Numismatic: Sejarah Tertempa, Warisan Terukir
Foto: Chong Biying
Terletak lima minit dari Taman Tugu, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia menanti anda. Di Galeri Sementara, Aras 2, anda berpeluang meneroka pelbagai perkara menarik tentang wang dengan cara yang cukup unik dalam Pameran Keunggulan Numismatik Asean. Selami pameran ini yang membawa anda ke garis masa beradaban dan penggunaan mata wang Asean. Bermula dengan penubuhan Asean, pameran ini menerangkan salah silah tertubuhnya persatuan ini serta bank pusat dalam naratif ini.
Pameran ini kemudian membawa anda menyusuri lorong masa. Di sini anda akan memahami bagaimana sistem matawang bermula. Daripada sistem barter dan kulit siput gerus kepada syiling dan mata wang kertas pertama. Menariknya anda bukan sahaja dapat melihat mata wang pertama di negara kita iaitu Syiling Kijang, tetapi mata wang negara serantau serta kerajaan lama seperti Funan, Srivijaya dan Majapahit.

Sebelum mengakhiri perjalan anda melintasi garis masa di Malaysia, anda dibawa singgah ke Pasar Asean. Banyak yang boleh kita lihat di sini. Dari evolusi mata wang dari zaman penjajahan suatu ketika dahulu sehinggalah kini. Hayati suasana kemeriahan di pasar-pasar terkenal di seluruh Asean, iaitu kawasan yang mata mata wang yang diguna pakai. Urusan jual beli dan pertukaran mata wang dapat kita ketahui di sini. Semua ini akan kita lalui sebelum akhirnya bertukar kepada pembayaran elektronik seperti apa yang kita ada sekarang.

Terdapat juga aktiviti untuk anak-anak meluangkan waktu selain mempelajari tentang mata wang seperti melukis, mewarna dan yang interaktifnya mereka boleh scan dan paparkan lukisan mereka di skrin.
Sekilas Pandang
Taman Arca Asean
Lokasi: Taman Tugu Negara, Kuala Lumpur
Tarikh: Dibuka sepanjang masa
Bayaran: Percuma
Pameran Keunggulan Numismatic: Sejarah Tertempa, Warisan Terukir
Lokasi: Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur
Tarikh: Sampai Okt 12, 2025
Bayaran: Percuma

Discover more stories

Ooops!
Generic Popup2