Memberi nafas baharu buat Kuala Lumpur yang penuh sejarah
Apakah Warisan KL?
Warisan KL merupakan satu usaha nasional yang menghimpunkan kementerian dan agensi kerajaan, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), rakan strategik sektor swasta serta komuniti untuk bersama-sama membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang dikenali dengan sejarahnya yang kaya, kepelbagaian warisan dan budaya, makanan autentik serta kreativiti.
Key Strategies
The new face of Kuala Lumpur
A city shaped by history and growth — explore Kuala Lumpur’s story in our booklet.
Hab Budaya & Komuniti Yang Dinamik
Dengan menghidupkan semula kawasan ini, Warisan KL sedang mentransformasikannya menjadi sebuah hab budaya, kreativiti dan komuniti yang dinamik – membuka peluang pekerjaan, menarik pelancong serta pengunjung tempatan dan antarabangsa, di samping merancakkan peluang pelaburan. Matlamatnya jelas: menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar untuk semua – inklusif, progresif dan mampan.
Mengapa sekarang? Usaha ini bukan sekadar tentang pemulihan, tetapi ia tentang:
Membuka Potensi Ekonomi
Dengan adanya Tahun Melawat Malaysia 2026/27, usaha memulihkan tapak warisan merupakan satu peluang yang tepat pada masanya untuk memperkukuh daya tarikan pelancongan Kuala Lumpur, meningkatkan jumlah pengunjung, memanjangkan tempoh penginapan serta merancakkan aktiviti ekonomi.
Menangani Degradasi Warisan
Banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur telah lama terbiar, kurang dimanfaatkan atau berada dalam keadaan yang merosot. Usaha pemulihan segera amat penting bagi mengelakkan kehilangan warisan yang lebih besar serta melindungi khazanah budaya dan sejarah yang tidak ternilai untuk generasi akan datang.
Memperkukuh Identiti dan Daya Saing Di Bandar
Seiring dengan perkembangan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar moden, terdapat keperluan mendesak untuk mengimbangi latar langit ikoniknya dengan identiti budaya dan sejarah yang kukuh. Menghidupkan semula tapak-tapak warisan dengan memastikan Kuala Lumpur kekal unik, berdaya saing dan berakar teguh pada sejarahnya.
Bagaimana Pembaharuan Berteraskan Warisan Mencipta Nilai untuk Malaysia
Ruang warisan yang diaktifkan semula membuka peluang kepada PKS, peruncit, pengusaha hospitaliti dan perniagaan kreatif, sekali gus memacu pertumbuhan serta menyokong komuniti bandar yang dinamik.
Pemulihan bangunan secara terancang mengubah bangunan yang kurang dimanfaatkan menjadi aset produktif, menarik pelaburan, menggalakkan inovasi serta membuktikan nilai ekonomi pemeliharaan warisan.
Setiap mercu tanda merupakan sebahagian daripada kisah Malaysia. Dengan memelihara tempat-tempat ini sejarah negara dapat terus dilihat, dihayati dan diakses oleh generasi akan datang.
Ruang warisan ini menyediakan wadah bersama untuk rakyat Malaysia berhubung melalui sejarah, seni, budaya dan pengalaman yang dikongsi, sekali gus menyemai rasa bangga, kebersamaan dan perpaduan.
Dengan mewujudkan pengalaman warisan yang menarik dan mudah diakses, Warisan KL membantu generasi muda mengenali, menghargai dan meneruskan legasi Malaysia yang kaya.
Daripada usahawan tempatan dan penggiat kraf kepada PKS serta bakat kreatif, usaha menghidupkan semula warisan mewujudkan peluang yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi.
Dengan mentransformasikan tapak warisan menjadi hab komuniti yang dinamik, Warisan KL dapat menyatukan masyarakat, menggalakkan interaksi serta memperkukuh rasa kepunyaan dan kebersamaan.
Memulihkan bangunan sedia ada dapat mengurangkan sisa perobohan, menjimatkan sumber serta mengurangkan jejak karbon pembangunan bandar.
Daerah warisan yang dihidupkan semula menggalakkan aktiviti berjalan kaki, penglibatan awam serta pengalaman bandar yang lebih hijau, sekali gus meningkatkan kualiti hidup.
Dengan mengintegrasikan pemuliharaan warisan ke dalam perancangan bandar yang mampan, Warisan KL membantu membentuk sebuah bandar yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta bersedia untuk generasi akan datang.
Seruan untuk semua
rakyat
Malaysia
Sama ada anda penduduk setempat, usahawan, artis atau seseorang yang mencintai Kuala Lumpur — suara dan idea anda penting. Bersama-sama, mari kita mentafsir semula KL sebagai sebuah bandar di mana warisan mencetuskan idea, kreativiti dan masa depan.
Shaping the Future of KL















