Central Market
Stesen Keretapi Kuala Lumpur: Gerbang Agung ke Semenanjung
Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan salah satu contoh seni bina era kolonial yang paling mengagumkan di Asia Tenggara. Siap dibina pada tahun 1910 dan dirasmikan pada tahun 1911, bangunan bersejarah yang sering digelar sebagai “grand old lady” ini telah berkhidmat selama lebih satu abad sebagai hab pengangkutan utama bagi Negeri-Negeri Melayu.

Hari ini, sebagai salah satu mercu tanda utama inisiatif Warisan KL, stesen ikonnik ini sedang melalui proses pemulihan dan pengaktifan semula yang bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan asalnya serta mengukuhkan kedudukannya sebagai sebahagian penting daripada jiwa budaya serta sejarah Malaysia.
01
Signifikan dan Legasi Sejarah
Kisah Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan catatan tentang sebuah negara yang sedang berkembang, menemukan rentaknya pada zaman kegemilangan pengangkutan rel.

  • Hab Strategik: Dibina bagi menggantikan struktur kayu yang lebih sederhana, stesen ini menjadi pusat operasi utam bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR). Ia menghubungkan Laluan Pantai Barat dari Thailand ke Singapura serta Laluan Pantai Timur dari Negeri Sembilan ke Kelantan, sekali gus memudahkan pergerakan penduduk. Ia juga merupakan pengangkutan bagi bijih timah dan getah yang telah membina asas ekonomi awal negara.
  • Legasi Keluarga Russell: Pembinaan ini merupakan satu pencapaian hasil kerjasama tempatan dan antarabangsa. Asasnya dibina oleh kontraktor Ang Seng (yang turut membina Bangunan Sultan Abdul Samad), manakala struktur utama disiapkan oleh adik-beradik John Archibald and Phillip Charles Russell – keluarga yang legasinya diteruskan hingga kini melalui ladang teh terkenal BOH.
  • Perasmian Diraja: Keunggulan stesen ini dimuktamadkan pada 1 Julai 1911, apabila antara penumpang pertamanya ialah Sultan Ala’eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor, serta Sir John Anderson, Gabenor bagi Negeri-Negeri Selat.
  • Stesen & Hotel: Lebih daripada sekadar hab pengangkutan, bangunan ini turut menjadi tumpuan sosial masyarakat. Tingkat atas stesen menempatkan sebuah hotel dengan 16 bilik penginapan, lengkap dengan serambi berbumbung yang menghadap ke landasan kereta api, membolehkan para pengembara menikmati keselesaan di tengah-tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur.
02
Sintesis Seni Bina: Karya Agung Mughal
Direka oleh Arkitek Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu Arthur Benison Hubback, stesen ini merupakan kemuncak seni bina Neo-Mughal (juga dikenali sebagai Saracenic atau gaya British Raj).

  • Inspirasi dari India: Hubback, dipandu oleh visi Pengurus Besar Kereta Api Negeri-negeri Melayu Bersekutu Charles Edwin Spooner, membawa masuk gaya ini dari gaya seni bina India British. Spooner berpendapat bahawa estetika berinspirasikan Islam ini paling sesuai dengan landskap budaya Semenanjung Tanah Melayu.
  • Ciri-ciri Tersendiri: Bangunan ini terkenal dengan menara langsing, puncak (spires) serta kubah “bawang” yang elegan. Gerbang berbentuk lubang kunci meruncing dan deretan tiang yang memberi ruang luas yang bukan sahaja direka untuk keindahan, malah berfungsi memberikan pengudaraan dalam cuaca tropika yang panas.
  • Rekaan “Pertengahan”: Menariknya, Hubback telah menyediakan sembilan pilihan reka bentuk berbeza untuk stesen ini. Versi yang kita lihat hari ini merupakan pilihan pertengahan, yang dipilih sendiri oleh Sir John Anderson semasa satu temu bual di Singapura pada tahun 1908.
03
Stesen Keretapi Kuala Lumpur Hari Ini
Di bawah inisiatif Warisan KL yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada April 2025, Stesen Keretapi Kuala Lumpur kini memasuki lembaran baharu dalam sejarahnya.

  • Pemuliharaan Warisan: Perbadanan Aset Keretapi (RAC) menerajui usaha pemulihan stesen ini. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pemuliharaan yang teliti bagi memastikan integriti struktur dan keaslian sejarah bangunan terus terpelihara untuk generasi akan datang.
  • Peremajaan Bandar: Stesen ini bukan lagi dilihat sekadar sebagai hab pengangkutan, tetapi sedang ditransformasikan sebagai destinasi warisan dan kreatif yang dinamik. Pendekatan ini bertujuan
    merancakkan pelancongan, menyokong perusahaan komuniti serta menghidupkan semula kawasan sekitarnya. 
  • Menghidupkan Semula Jiwa: Usaha pemulihan ini sejajar dengan strategi lebih luas untuk menyatukan mercu tanda ikonik Kuala Lumpur – termasuk Carcosa Seri Negara dan Bangunan Sultan Abdul Samad – sebagai satu destinasi budaya yang menyeluruh. Dengan menghidupkan kembali ruang-ruang ini, Warisan KL memastikan sejarah bandar terus hidup menjadi sebahagian aktif daripada masa depannya yang inklusif dan menarik.

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur bukan sekadar tinggalan masa lalu; ia adalah monumen hidup yang mencerminkan jaringan perhubungan dan cita-cita seni bina Malaysia, kini dipulihkan untuk memacu pembaharuan budaya bandar.

Key Strategies

KLCCD’s Strategic Master Plan outlines seven core strategies to transform downtown KL into a thriving cultural district.

The new face of Kuala Lumpur

A city shaped by history and growth — explore Kuala Lumpur’s story in our booklet.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai tempat-tempat menarik berdekatan

Shaping the Future of KL

Warisan KL aims to redefine Kuala Lumpur as one of Asia’s premier creative and cultural destinations – a city where history, creativity, and modernity come together to create a dynamic and inclusive urban experience.
Hubungi kami
Ikuti kami di
Ooops!
Generic Popup2