Central Market
Dayabumi: A Landmark of Modern Malaysia
Apabila Kompleks Dayabumi siap dibina pada tahun 1984, ia menandakan permulaan lembaran baharu bagi Kuala Lumpur. Berdiri megah di tengah-tengah bandar raya yang cukup bersejarah, ia menjadi antara mercu tanda pasca-kemerdekaan yang paling penting di negara ini, yang mana melambangkan keyakinan, cita-cita dan kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara moden.

Lebih daripada sekadar menara pejabat, Menara Dayabumi memperkenalkan identiti seni bina yang benar-benar mencerminkan Malaysia. Fasad ikoniknya yang diinspirasikan oleh motif geometri Islam mentafsir semula prinsip reka bentuk tradisional dalam bentuk bangunan pencakar langit kontemporari, sekali gus menjadikannya antara mercu tanda paling dikenali di Kuala Lumpur. Lebih empat dekad kemudian, ia masih kekal sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Islam moden di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada Warisan KL, Dayabumi mewakili satu detik penting dalam evolusi Kuala Lumpur, menghubungkan asas sejarah bandar ini dengan aspirasi sebuah negara muda yang sedang membentuk identitinya sendiri.
01
Sejarah dan Legasi Dayabumi

Terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, sebuah lokasi yang cukup strategik, Dayabumi berada di persimpangan antara masa lalu dan masa kini Kuala Lumpur. Dikelilingi mercu tanda seperti Masjid Negara, Stesen Keretapi Kuala Lumpur Lama, Muzium Tekstil Negara dan Rumah Persekutuan. Ia terletak dalam salah satu kawasan yang paling signifikan dari segi sejarah bandar raya ini.

Malah tapaknya sendiri telah lama memainkan peranan penting dalam pembangunan Kuala Lumpur. Dari awal tahun 1900-an hingga 1981, kawasan ini menempatkan bengkel dan depot Keretapi Tanah Melayu, yang menjadi komponen penting dalam infrastruktur pengangkutan bandar.

Apabila Kuala Lumpur memasuki fasa baharu pertumbuhan bandar pasca kemerdekaan, kawasan ini dikenal pasti untuk pembangunan semula. Dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), Dayabumi dibina antara tahun 1982 hingga 1984 sebagai sebuah kompleks guna serba guna yang merangkumi menara pejabat ikonik, Pejabat Pos Besar, podium runcit serta laluan sambungan terus ke rangkaian rel bandar.

Sepanjang sejarahnya, kompleks ini pernah menempatkan institusi utama seperti Petronas dan Bursa Komoditi Kuala Lumpur, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu alamat komersial paling berprestij di ibu negara. Walaupun generasi telah silih berganti, Dayabumi masih kekal sebagai mercu tanda serta serta pintu masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur yang dikenali ramai.

02
Inovasi Seni Bina

Menara Dayabumi merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan seni bina Malaysia. Dengan ketinggian 35 tingkat dan 515 kaki, ia merupakan bangunan pencakar langit berstruktur keluli pertama di negara ini, dan untuk suatu tempoh, ia juga merupakan bangunan tertinggi di Malaysia. Lebih penting lagi, bangunan ini diraikan sebagai bangunan pencakar langit pertama yang direalisasikan sepenuhnya melalui kepakaran tempatan, dengan arkitek, jurutera dan pembina Malaysia yang terlibat dalam setiap peringkat pembinaannya.

Direka oleh Arkitek MAA Sdn Bhd dan BEP Arkitek Sdn Bhd, bangunan ini menggabungkan kejuruteraan moden dengan rujukan seni bina yang berakar pada warisan budaya Malaysia.

Ia merupakan kerja kekisi yang tersendiri, gerbang yang melengkung dan tajam menggambarkan inspirasi daripada seni bina Islam, dengan suntikan Neo-Mughal yang dapat dilihat pada bangunan warisan berdekatan seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Bahagian luarnya disaluti sepenuhnya dengan warna putih. Dayabumi menawarkan ekspresi seni bina yang unik dan melambangkan identiti Malaysia pada ketika gaya antarabangsa berasaskan kaca dan keluli mendominasi latar langit bandar di seluruh dunia.

03
Dayabumi Hari Ini: Menghidupkan Semula City Point

Di bahagian bawah kompleks ini terletaknya City Point, yang suatu ketika dahulu merupakan destinasi runcit yang meriah dan menjadi tumpuan pekerja pejabat, pembeli serta pengunjung ke pusat bandar Kuala Lumpur. Namun, apabila aktiviti komersial perlahan-lahan beralih ke pusat beli-belah dan kawasan perniagaan baharu, tempat ini mengalami kemerosotan jumlah pengunjung.

Hari ini, City Point sedang diberi nafas baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif Warisan KL yang bertujuan menghidupkan semula pusat bandar bersejarah Kuala Lumpur.

Visinya adalah untuk mentransformasikan podium runcit ini menjadi destinasi mesra pejalan kaki yang menghubungkan semula Dayabumi dengan kawasan warisan di sekitarnya. Penambahbaikan laluan pejalan kaki, ruang awam yang lebih berkualiti serta hubungan yang lebih baik dengan tarikan berdekatan akan membantu mengembalikan kerancakan kawasan ini sambil mewujudkan persekitaran yang lebih mesra untuk penduduk tempatan dan pelawat.

Perancangan masa hadapan merangkumi penawaran makanan dan minuman, pengalaman ruang runcit yang kreatif, ruang untuk usahawan tempatan, program kebudayaan, pemasangan seni di ruang awam, pameran, pasar serta acara komuniti yang meraikan warisan kita yang kaya di Kuala Lumpur sambil menyokong kehidupan bandar kontemporari.

04
Membentuk Masa Depan Pusat Bandar Bersejarah

Kisah Kompleks Dayabumi mencerminkan evolusi berterusan Kuala Lumpur. Walaupun seni binanya kekal sebagai simbol optimisme dan cita-cita Malaysia pasca-kemerdekaan, usaha revitalisasi yang sedang dijalankan membuktikan bagaimana warisan moden terus berperanan dalam membentuk masa depan bandar raya ini.

Sebagai sebahagian daripada Warisan KL, Dayabumi sedang digambarkan semula untuk dijadikan lebih daripada sekadar sebuah bangunan mercu tanda. Ia diaspirasikan sebagai destinasi bandar yang dinamik yang meraikan inovasi seni bina, memperkukuh kehidupan budaya serta menghubungkan semula masyarakat dengan sejarah dan identiti Kuala Lumpur.

Key Strategies

KLCCD’s Strategic Master Plan outlines seven core strategies to transform downtown KL into a thriving cultural district.

The new face of Kuala Lumpur

A city shaped by history and growth — explore Kuala Lumpur’s story in our booklet.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai tempat-tempat menarik berdekatan

Shaping the Future of KL

Warisan KL aims to redefine Kuala Lumpur as one of Asia’s premier creative and cultural destinations – a city where history, creativity, and modernity come together to create a dynamic and inclusive urban experience.
Hubungi kami
Ikuti kami di
Ooops!
Generic Popup2