Central Market
Jalan Petaling: Warisan Yang Terus Hidup
Tidak banyak tempat yang dapat mengungkap kisah Kuala Lumpur dengan begitu jelas seperti Petaling Street. Dibangunkan sebagai pusat perdagangan utama komuniti Cina di Kuala Lumpur ini pada penghujung abad ke-19, kawasan ini kemudiannya berkembang menjadi salah satu kawasan warisan paling unik di ibu negara. Deretan rumah kedai berusia lebih satu abad, rumah ibadat, pasar jalanan dan ruang kreatif yang wujud bersama, mencerminkan kepelbagaian sejarah dan kehidupan bandar Kuala Lumpur.
Kawasan ini juga menjadi cerminan evolusi seni bina Kuala Lumpur. Deretan rumah kedai dari penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, yang menampilkan pengaruh Straits Eclectic dengan hiasan plaster yang rumit, bidai kayu dan kaki lima berbumbung, berdiri seiring dengan bangunan bercirikan era Negeri-negeri Melayu Bersekutu, fasad Art Deco yang lebih ringkas dari tahun 1930-an, serta bangunan warisan yang dipulihara dengan teliti dan diberi nafas baharu sebagai kafe, galeri, butik dan ruang kreatif.
Hari ini, tarikan Petaling Street melangkaui pasar berbumbung yang terkenal. Pengunjung boleh menyusuri mural berwarna-warni di Kwai Chai Hong, menikmati kafe dan restoran young unik, menerokai rumah kedai warisan di sepanjang Jalan Sultan, menghayati seni dilorong-lorong tersembunyi, serta mengagumi kuil dan masjid bersejarah, disamping merasai pengalaman kombinasi perniagaan tradisional dan perusahaan moden.

Antara jalan paling bersejarah di kawasan ini ialah Jalan Panggung, salah satu jalan tertua
di Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Theatre Street, jalan ini dinamakan sempena
sebuah teater Cina abad ke-19 yang dibina oleh saudagar terkemuka, Cheow Ah Yeok.
Terletak di antara Jalan Sultan dan Jalan Balai Polis, Jalan Panggung menawarkan
gambaran menarik tentang sejarah awal perdagangan dan hiburan di bandar ini

Kini Jalan Petaling terus berkembang menjadi antara destinasi warisan paling dinamik di Kuala Lumpur, membuktikan bahawa pemuliharaan, guna semula adaptif bangunan warisan dan pengaktifan ruang bandar dapat digabungkan untuk mengekalkan identiti kota, sambil memastikan warisan itu terus hidup dan relevan untuk generasi baharu.
Petaling Street merentas dekad.
01
Jalan Sang Guna: Lorong Tersembunyi yang Dihidupkan Semula di tengah-tengah Jalan Petaling
Tersembunyi di antara Jalan Tun H.S. Lee dan kawasan tumpuan pelancong di Petaling Street, Jalan Sang Guna merupakan salah satu lorong bersejarah Kuala Lumpur yang kurang dikenali. Dahulunya dikenali sebagai Drury Lane pada penghujung abad ke-19, lorong sempit ini telah memainkan peranan penting dalam sejarah perkembangan Kuala Lumpur.
Pada tahun-tahun awalnya, lorong ini menjadi pusat persembahan teater masyarakat Cina yang meriah sebelum berkembang menjadi kawasan pasar yang berkembang maju diterajui oleh Pasar Lee Lam Thye. Selama beberapa generasi, para peniaga, penduduk dan pengunjung melalui kaki lima serta ruang pasar yang sentiasa dipenuhi aktiviti. Namun, seiring peredaran masa, kawasan ini mula merosot apabila perniagaan ditutup dan bangunan semakin usang, menjadikan lorong tersebut mula terpinggir dan semakin dilupakan.
Hari ini, Jalan Sang Guna sedang melalui lembaran baharu menerusi usaha Warisan KL untuk menghidupkan semula teras bandar bersejarah Kuala Lumpur sambil mengekalkan identiti budayanya.

02
Lorong Warisan Diberi Nafas Baharu
Usaha menghidupkan semula Jalan Sang Guna bermula pada tahun 2019 menerusi Program Penambahbaikan Lorong, sebuah projek inisiatif yang bertujuan untuk mempertingkatkan rangkaian laluan pejalan kaki. Projek ini melibatkan kerjasama antara Think City, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pejabat Ahli Parlimen Bukit Bintang, Persatuan Kwong Siew dan Kementerian Kewangan untuk menaiktaraf lorong yang pernah terpinggir ini menjadi laluan pejalan kaki yang menghubungkan Jalan Tun H.S. Lee dengan Jalan Petaling.
Siap pada Januari 2026, fasa pertama penambahbaikan memberi tumpuan kepada salah satu cabaran utama kawasan ini iaitu isu kebersihan. Kerja-kerja menaik taraf sistem saliran, pencahayaan dan turapan telah memulihkan fungsi lorong ini sambil meningkatkan kualiti ruang awamnya.
Hari ini, pengunjung dapat melihat turapan berliang yang diinspirasikan daripada jalur filem, sebagai penghormatan kepada Madras Theatre yang pernah beroperasi berhampiran kawasan tersebut. Deretan rumah kedai warisan dari penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang telah dipulihara turut memaparkan gaya seni bina yang menjadi identiti Petaling Street, daripada fasad “Straits Chinese Eclectic” yang sarat dengan perincian hiasan kepada pengaruh seni bina era Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bersama-sama bangunan “Art Deco” pra-perang yang terdapat di sekitarnya, bangunan-bangunan ini mencerminkan perubahan kehidupan, kemakmuran dan aspirasi masyarakat setempat sepanjang lebih satu abad.
Di pintu masuk Jalan Tun H.S. Lee pula berdiri Gerbang Kayu Pasar Lee Lam Thye Glu-Lam yang baharu, diinspirasikan daripada teknik pertukangan kayu tradisional termasuk sistem dougong Cina dan seni pertukangan tanggam tempatan yang menggunakan kaedah penyambungan tanpa paku.
Panel penceritaan dan mural yang menghiasi lorong ini merakam perjalanan sejarahnya daripada sebuah kawasan teater kepada pusat perdagangan, sambil menonjolkan kisah masyarakat dan individu yang membentuk identitinya. Rumah-rumah kedai yang dahulunya kosong kini menempatkan perniagaan tempatan baharu seperti kafe, kedai pencuci mulut dan kedai barangan vintaj, manakala sebuah kedai runcit tradisional masih terus beroperasi untuk memenuhi keperluan komuniti setempat.

03
Rangkaian Warisan Yang Luas
Jalan Sang Guna merupakan sebahagian daripada program pemulihan bandar berasaskan warisan di kawasan Petaling Street. Bersama-sama dengan projek penghidupan semula Kwai Chai Hong yang diterajui oleh pihak swasta dengan sokongan komuniti, penambahbaikan di Lorong Bandar 11 serta usaha
pemuliharaan berterusan rumah-rumah kedai warisan di sepanjang Jalan Sultan, inisiatif- inisiatif ini telah mengubah kawasan tersebut menjadi salah satu kejiranan yang paling mesra pejalan kaki dan kaya dengan nilai budaya di Kuala Lumpur.
Daripada memelihara bangunan sebagai monumen yang hanya menjadi tatapan, usaha-usaha ini menggalakkan masyarakat menghayati warisan sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian di bandar – sama ada menerokai lorong-lorong tersembunyi, menikmati makanan tempatan, mengunjungi rumah ibadat atau menyelami kisah yang tersirat di sebalik landskap jalan yang bersejarah.
Hari ini, Jalan Sang Guna muncul sebagai ruang yang menemukan sejarah, budaya dan kehidupan bandar masa kini. Ia membuktikan bagaimana pemulihan berasaskan warisan mampu menghidupkan semula jalan-jalan bersejarah Kuala Lumpur sambil memelihara kisah-kisah yang menjadikannya unik.

Key Strategies
KLCCD’s Strategic Master Plan outlines seven core strategies to transform downtown KL into a thriving cultural district.
The new face of Kuala Lumpur
A city shaped by history and growth — explore Kuala Lumpur’s story in our booklet.
Jangan lepaskan peluang untuk menerokai tempat-tempat menarik berdekatan
Shaping the Future of KL
Warisan KL aims to redefine Kuala Lumpur as one of Asia’s premier creative and cultural destinations – a city where history, creativity, and modernity come together to create a dynamic and inclusive urban experience.

.jpg)