• Playback & Preview: Creativity Takes Centre Stage

    6 November 2025

    OCTOBER was a whirlwind month for Kuala Lumpur’s creative scene, bursting with art, design and community-driven events that showed why this city continues to shine on the regional stage.

    We’ll start with a congratulations to Kuala Lumpur, officially named a UNESCO Creative City of Design 2025! Announced on World Cities Day (Oct 31), this recognition marks a proud milestone for Malaysia’s capital – celebrating its growing influence as a hub for innovation, culture and urban creativity. 

    DBKL set the stage for the announcement that morning with the launch of its 2026 Kuala Lumpur Events Calendar at the Mayor’s Courtyard on Jalan Tangsi. Officiated by the Mayor, Dato’ Seri TPr (Dr) Maimunah Mohd Sharif (pic below), the event was attended by Tourism Malaysia Deputy Director-General (Planning) Datin Rafidah Idris, and partners from various government agencies, private sectors, and tourism industry players.

    The 2026 Events Calendar brings together a year-long lineup of tourism, cultural, arts, sports and recreational programmes showcasing the city’s diversity as a world-class destination. Key highlights include Kuala Lumpur Car Free Morning, KL Street Jam, Festival Orkestra Kuala Lumpur, Pesta Teater Kuala Lumpur, and the National Day and New Year’s Eve celebrations.

    The ceremony also marked the launch of VisitKL’s official theme song (below) Joget Visit KL – a first for DBKL in conjunction with Visit Malaysia Year 2026 – alongside the unveiling of the new “Ronda Ronda Kuala Lumpur” Hop On Hop Off buses, designed to give visitors a refreshed and more engaging city experience. Guests were treated to a first look at the newly designed buses – complete with retractable roofs and multilingual audio guides, set to offer tourists a more immersive KL experience next year.

    Listen to Joget Visit KL!


    Over at GMBB, the A4 Art Fair 2025 (Oct 30–Nov 2) drew crowds with its bold theme, “The Art of Everything.” The four-day event blurred the lines between art and life – merging creativity with everyday experiences, from food and furniture to fashion and design. Curator Ng Si Juan, co-founder of A4 Art Gallery, summed it up: “It’s about breaking walls – between art and design, the conventional and new, idea and experience, creator and audience.” With works spanning Art x Brand, Living, Sustainable, Prints, Artisan, and New Media Pop & Art Sculpture, the fair offered a chance for visitors to meet familiar faces like Michael Chuah, Katun, Shakir and Laowang1102 and others, who mingled freely with fans and collectors alike.

    Look who we bumped into at the A4 Art Fair: Self-taught animator who focuses on traditional 2D animation and cinematic imagination, Michael Lim (Studio Space Dawg); Shi, founder of Shí Terrazzo Atelier, a Malaysian business that creates and sells handcrafted terrazzo and jesmonite home decor; and NFT/graffiti artist Abdul Hafiz Abdul Rahman aka Katun.

    Meanwhile, RIUH x ASEAN turned up the energy across the city. The festival returned as a curated showcase of South-East Asian creativity, featuring mini-events such as FrequenSEA (music conference), Rumah Sora (indie concert), SEA Slam (poetry slam), Lit Connect (typewriter writing workshop), and Suara Belacu (gallery installation). The main event at Stadium Merdeka (Oct 24-26) united art, music, food and local products under one massive roof. FrequenSEA, in particular, offered eye-opening discussions on regional music support – like how much airplay local songs receive in their home countries.

    The creativity didn’t stop there. The ASEAN Arts and Crafts Bazaar (Oct 10–20) at the Kuala Lumpur Craft Complex lit up Jalan Conlay with artisans from across the region. Highlights included beaded baskets and Tree of Life designs by Sarawak’s Zurinawati Razali and Rahanee Tambi, clay batik accessories by the Komuniti Perak Muallim collective, and woven mats from rare kerchut leaves by Fazliyaton Daud Mashi of Kelantan. The bazaar, organised by Kraftangan Malaysia, beautifully captured South-East Asia’s diversity and craftsmanship.

    The ASEAN Arts and Crafts Bazaar featured craft from communities across the ASEAN region, including Komuniti Perak Muallim’s clay batik creations and beadwork from Komuniti Kraf Manik Labuan.

    To round off the month, PESZTA brought the party to Kampung Attap on Nov 1, turning the heritage neighbourhood into a spirited arts quarter. The community came together – from The Zhongshan Building and Pentago House to Sam Mansion and Triptyk – hosting open studios, art markets, and balcony music sessions and cool projection works with light and motion. There was karaoke, T-shirt printing, letterpress making and delicious bites (laksa, dumplings, cookies, and more!). It was a day of reconnecting and rediscovering – proof that KL’s creative spirit lives in every corner.

    November Highlights to Watch

    This month promises a calmer but no less inspiring rhythm as the city turns its attention to nature, sustainability and discovery.

    Kickstart your weekend with the Uniqlo-Taman Tugu Eco Talk Series on Nov 8 (9.30am–11am) at The Shed, Taman Tugu Nursery. Join Norsham Suhaina Yaakob, researcher at FRIM, for “The Woman Who Followed Frogs: And Found a Vanishing Kingdom.” Expect fascinating insights into her journey studying Malaysia’s frog species – including her discovery of the Leptophryne borbonica!

    Later in the month, explore the greener side of the city with Sayur in the City – an urban farm experience by Eats, Shoots & Roots set against KL’s iconic skyline. The next tour happens on Nov 22, inviting visitors to discover how small city spaces can nurture biodiversity and edible gardens. With over 90 species of local plants thriving amidst the skyscrapers, this is a rare chance to see nature and city living grow side by side – and to take home a little something to start your own garden.

    Istana Budaya returns to celebrate the Malay language and performing arts with a stage adaptation of Uda dan Dara, the timeless masterpiece by National Laureate Dato’ Dr Usman Awang. The musical theatre production runs from Nov 20 to 23 at the Playhouse Theatre, The Campus in Ampang.
    Presented in collaboration with Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya, this production features a stellar local cast, including Johan As’ari, Zera Hariz, Jay Iswazir, Farah Ahmad, Azwan Hassan, Sara Sulaiman and Amerul Affendi. 

    Teater Muzikal Uda dan Dara tells the poignant tale of a young farmer who falls in love with a woman from a wealthy family, only to face opposition rooted in class differences. The production, supported by Istana Budaya under the Ministry of Tourism, Arts and Culture, aims to rekindle appreciation for classic Malay literature and strengthen the bond between language, culture and society. Tickets, priced from RM40 to RM150, are available via CloudJoi, with special 15% discounts for senior citizens, students, civil servants, and persons with disabilities.
  • Playback & Preview: Kreativiti Menjadi Tumpuan Utama

    6 November 2025

    BULAN OKTOBER merupakan tempoh yang penuh dengan aktiviti bagi dunia kreatif Kuala Lumpur, sarat dengan seni, reka bentuk, dan acara berasaskan komuniti yang membuktikan mengapa bandar ini terus menyerlah di negera serantau.

    Kita mulakan dengan ucapan tahniah kepada Kuala Lumpur, yang secara rasminya telah diiktiraf sebagai Bandar Reka Bentuk Kreatif UNESCO 2025! Pengumuman ini dibuat sempena Hari Bandar Sedunia (31 Okt) dan menandakan satu pencapaian membanggakan bagi ibu negara Malaysia yang meraikan pengaruhnya yang semakin berkembang sebagai pusat inovasi, budaya dan kreativiti bandar.  

    Pelancaran Kalender Acara Kuala Lumpur 2026 oleh DBKL di Laman Datuk Bandar, Jalan Tangsi menjadi antara inisiatif menjelang sambutan Hari Bandar Sedunia. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Bandar, Dato’ Seri TPr (Dr) Maimunah Mohd Sharif, dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Datin Rafidah Idris, serta rakan-rakan dari pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan pemain industri pelancongan.

    Kalender Acara Kuala Lumpur 2026 menghimpunkan rangkaian program pelancongan, kebudayaan, seni, sukan dan rekreasi sepanjang tahun yang menampilkan kepelbagaian bandar raya ini sebagai destinasi bertaraf dunia. Antara acara utama yang bakal menyerikan tahun tersebut termasuk Kuala Lumpur Car Free Morning, KL Street Jam, Festival Orkestra Kuala Lumpur, Pesta Teater Kuala Lumpur, serta sambutan Hari Kebangsaan dan Ambang Tahun Baharu.

    Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran lagu tema rasmi VisitKL, Joget Visit KL!, yang merupakan kali pertama DBKL memperkenalkan lagu sedemikian bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, di samping pengenalan bas “Ronda Ronda Kuala Lumpur” Hop On Hop Off yang baharu, direka khas untuk memberikan pengalaman bandar yang lebih segar dan menarik kepada pengunjung. Para tetamu turut diberi peluang melihat rekaan bas yang baharu ini buat pertama kali. Lengkap dengan bumbung boleh laras dan panduan audio berbilang bahasa, yang dijangka menawarkan pengalaman Kuala Lumpur yang lebih imersif kepada pelancong tahun hadapan.

    Jom dengar Joget Visit KL!

    Sementara itu, di GMBB, acara A4 Art Fair 2025 (30 Okt – 2 Nov) menarik perhatian ramai dengan tema beraninya, “The Art of Everything.” Acara selama empat hari ini mengaburkan sempadan antara seni dan kehidupan. Ia menggabungkan kreativiti dengan pengalaman harian, daripada makanan dan perabot sehinggalah ke fesyen dan reka bentuk. Kurator Ng Si Juan, pengasas bersama A4 Art Gallery, merumuskan maksudnya, “Ia tentang meruntuhkan tembok antara seni dan reka bentuk, yang konvensional dan yang baharu, idea dan pengalaman, pencipta dan penonton.” Dengan hasil karya yang merangkumi kategori Art x Brand, Living, Sustainable, Prints, Artisan, serta New Media Pop & Art Sculpture, para pengunjung berpeluang bertemu wajah-wajah terkenal seperti Michael Chuah, Katun, Shakir, dan Laowang1102, yang berinteraksi secara mesra dengan peminat serta pengumpul seni.

    Wajah-wajah di A4 Art Fair: Animator yang belajar sendiri memberi tumpuan kepada animasi 2D tradisional dan imaginasi sinematik, Michael Lim (Studio Space Dawg); Shi, pengasas Shí Terrazzo Atelier, sebuah perniagaan tempatan yang menghasilkan dan menjual hiasan rumah buatan tangan menggunakan terrazzo dan jesmonite; serta artis NFT/grafiti Abdul Hafiz Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Katun.


    Sementara itu, RIUH x ASEAN menyemarakkan suasana di seluruh bandar. Festival ini kembali sebagai pameran terpilih yang meraikan kreativiti Asia Tenggara, menampilkan pelbagai acara mini seperti FrequenSEA (persidangan muzik), Rumah Sora (konsert indie), SEA Slam (pertandingan puisi), Lit Connect (bengkel penulisan menggunakan mesin taip), dan Suara Belacu (instalasi galeri). Manakala acara utama yang berlangsung di Stadium Merdeka (24–26 Okt) menghimpunkan seni, muzik, makanan dan produk tempatan di bawah satu bumbung besar. Mini aktiviti seperti FrequenSEA menawarkan perbincangan yang membuka mata tentang sokongan muzik serantau, termasuk sejauh mana lagu-lagu tempatan mendapat siaran di negara asal masing-masing.

    Semangat kreatif tidak terhenti setakat itu sahaja. ASEAN Arts and Crafts Bazaar (10–20 Okt) yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur menyerikan suasana di Jalan Conlay dengan kehadiran para penggiat seni kraf dari seluruh rantau ini. Antara tarikan utama termasuk bakul manik dan rekaan Pohon Kehidupan oleh Zurinawati Razali dan Rahanee Tambi dari Sarawak, aksesori batik tanah liat oleh kolektif Komuniti Perak Muallim, serta tikar anyaman daripada daun kerchut yang jarang ditemui hasil tangan Fazliyaton Daud Mashi dari Kelantan. Bazaar yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia ini dengan indahnya menonjolkan kepelbagaian dan kehalusan seni kraf Asia Tenggara.

    ASEAN Arts and Crafts Bazaar menampilkan hasil kraf daripada komuniti di seluruh rantau ASEAN, termasuk hasil batik tanah liat oleh Komuniti Perak Muallim serta kraf manik oleh Komuniti Kraf Manik Labuan.

    Bagi menutup tirai bulan tersebut, PESZTA menghidupkan suasana di Kampung Attap pada Nov 1, menjadikan kawasan warisan itu sebagai perkampungan seni yang penuh semangat. Komuniti setempat bergabung tenaga, dari The Zhongshan Building dan Pentago House hingga ke Sam Mansion dan Triptyk. Dengan penganjuran studio terbuka, bazar seni, sesi muzik di balkoni, serta projek cahaya dan gerakan yang menarik perhatian. Terdapat juga aktiviti seperti karaoke, cetak baju T, pembuatan letterpress, dan pelbagai juadah enak seperti laksa, ladu, biskut dan banyak lagi! Ia merupakan hari untuk berhubung semula dan meneroka kembali. Ini membuktikan bahawa semangat kreatif Kuala Lumpur hidup di setiap penjuru bandar.

    Sorotan November untuk Diperhatikan

    Bulan ini menjanjikan suasana yang lebih tenang tetapi tetap penuh inspirasi apabila bandar raya ini menumpukan perhatian kepada alam semula jadi, kelestarian dan penemuan. 

    Mulakan hujung minggu anda dengan Siri Ceramah Ekologi Uniqlo, Taman Tugu pada Nov 8 (9.30 pagi – 11 pagi) di The Shed, Nurseri Taman Tugu. Sertai Norsham Suhaina Yaakob, penyelidik di FRIM, dalam sesi bertajuk “The Woman Who Followed Frogs: And Found a Vanishing Kingdom.” Nantikan perkongsian menarik tentang perjalanan beliau mengkaji spesies katak di Malaysia, termasuk penemuan uniknya, Leptophryne borbonica!

    Menjelang hujung bulan, terokai sisi hijau bandar dengan Sayur in the City, sebuah pengalaman pertanian bandar anjuran Eats, Shoots & Roots yang berlatarkan panorama ikonik Kuala Lumpur. Lawatan seterusnya akan berlangsung pada Nov 22, yang mana ia menjemput pengunjung untuk meneroka bagaimana ruang kecil di bandar mampu memupuk kepelbagaian biologi dan taman yang boleh dimakan. Dengan lebih daripada 90 spesies tumbuhan tempatan yang tumbuh subur di celah bangunan pencakar langit, ini merupakan peluang istimewa untuk menyaksikan alam semula jadi dan kehidupan bandar berkembang seiring, sambil membawa pulang sedikit tanaman untuk memulakan taman anda sendiri.

    Istana Budaya kembali meraikan bahasa Melayu dan seni persembahan melalui pementasan pentas karya agung Uda dan Dara, hasil penulisan Sasterawan Negara Dato’ Dr Usman Awang. Persembahan teater muzikal ini akan berlangsung dari Nov 20 hingga 23 di Playhouse Theatre, The Campus, Ampang.   

    Dipersembahkan dengan kerjasama Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya, pementasan ini menampilkan barisan pelakon tempatan hebat seperti Johan As’ari, Zera Hariz, Jay Iswazir, Farah Ahmad, Azwan Hassan, Sara Sulaiman, dan Amerul Affendi.  

    Teater Muzikal Uda dan Dara mengisahkan percintaan menyayat hati antara seorang pemuda petani dan seorang gadis dari keluarga berada, yang terhalang oleh jurang perbezaan darjat dan status sosial. Produksi ini, yang disokong oleh Istana Budaya di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bertujuan untuk menghidupkan kembali apresiasi terhadap kesusasteraan klasik Melayu serta memperkukuh hubungan antara bahasa, budaya dan masyarakat. Tiket berharga antara RM40 hingga RM150 boleh didapati melalui CloudJoi, dengan diskaun khas 15% untuk warga emas, pelajar, penjawat awam, dan orang kurang upaya (OKU).

Discover more stories

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2