• Merdeka 118: Malaysia’s Icon and Your Next Must-Visit Destination

    CHIN JIAN WEI | 13 November 2025

    MERDEKA 118 is unmissable, a gleaming tower rising into the sky and a focal point for anyone admiring the Kuala Lumpur skyline. At 678.9m tall and sporting an impressive 118 floors, it is renowned worldwide as the second-tallest building in the world, surpassed only by Dubai’s Burj Khalifa. Furthermore, it has recently been named the best tall building in the world (300-Metre and Above category), an accolade bestowed by the Council on Vertical Urbanism (CVU) (formerly CTBUH) during the CVU 2025 awards in Canada. It is not just a symbol of Malaysia’s architectural and technological prowess, but also an embodiment of our nation’s heritage.

    The name of the building is taken from former prime minister Tunku Abdul Rahman’s famous proclamation of “Merdeka”, which translates to "independence" in Malay, as he announced Malaysia’s independence from British rule on Aug 31, 1957. The image of Tunku Abdul Rahman with his hand raised to proclaim Malaysia’s independence is one known to every Malaysian. This iconic pose is the main inspiration for the shape of Merdeka 118; just as the former prime minister raised his right arm with his palm open while shouting “Merdeka”, the shape of the tower’s spire echoes Tunku Abdul Rahman’s raised hand.

    In addition, the tower’s diamond-shaped facade reflects Malaysia’s diversity in unity through its intricate geometry, inspired by traditional Malay songket motifs. These patterns are further accentuated by illuminated pathways that bring the façade to life at night.

    In the words of Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, the CEO of PNB Merdeka Ventures, owner and builder of the Merdeka 118 development, “Merdeka 118 is a symbol of our national identity, rooted in Malaysia’s rich cultural heritage and the enduring spirit of Merdeka. It stands as a tribute to our history while embracing the future with confidence, reflecting the values, resilience, and aspirations that continue to shape our nation.”

    Merdeka 118 was first conceived in the mid-2000s as part of a long-term vision to rejuvenate the precinct. As told by Tengku Ab. Aziz, “Groundbreaking took place in 2014, structural topping-out was completed in late 2021, and the tower was officially inaugurated in January 2024.”

    To ensure the skyscraper remained stable, a massive 78m circular, 4m think raft foundation and 137 concrete piles driven 60m deep into the ground was built to support the building’s great weight.

    Merdeka 118 forms an integrated triumvirate with two other iconic landmarks: Stadium Merdeka (where our nation’s independence was declared) and Stadium Negara, Malaysia’s first indoor stadium.

    Tengku Ab. Aziz says, “Standing adjacent to Stadium Merdeka and Stadium Negara, Merdeka 118 forms a unified cultural precinct anchored in the nation’s history. As the sole custodian of these two heritage stadiums, we are committed to preserving their legacy while re-energising the precinct for a new generation. Merdeka 118 brings together conservation and progress in a way that honours the past and looks to the future.”

    Public-facing attractions in the Merdeka 118 precinct, including 118 Mall, Merdeka Textile Museum, The View at 118 observation deck, are all opening in phases next year. The observation deck is planned to be the highest observation deck in South-East Asia, offering an unparalleled view of the city. An “Edge Walk” experience is also planned, allowing visitors to walk along the tower’s perimeter safely secured by a harness. “Additional public realm enhancements and precinct activations are planned to continue bringing new energy and experiences to the area,” Tengku Ab. Aziz adds.

    In the meantime, for visitors interested in exploring all that Merdeka 118 has to offer, Tengku Ab. Aziz recommends that visitors start at Stadium Merdeka to appreciate the birthplace of Malaysia’s independence, then stroll along Merdeka Boulevard at 118 to enjoy the landscaped greenery and water features of the park and capture views of the tower. 

    He adds: “From there, continue into the precinct and experience the surrounding neighbourhoods, where heritage streets and community spaces meet contemporary urban design, such as Petaling Street and Kampung Attap. Take your time to walk, discover and soak in the blend of history, architecture and the evolving cityscape around Merdeka 118.”

    For ease of access, the precinct is seamlessly connected to public transport, including the Merdeka MRT, Maharajalela Monorail, and the Plaza Rakyat LRT, with direct pedestrian access into Basement 3 (B3) of 118 Mall or by car via the Belfield Tunnel, which leads directly into Basement 4 (B4) of Menara Merdeka 118.

    Stadium Merdeka is a popular venue for events, and its running track is open to the public. Check out @stadiummerdeka on Instagram for event announcements and other information.

    As Merdeka 118 continues to develop into an impressive national landmark, it is steadily becoming more than just a building to admire from afar, but rather a place to experience, explore and make new memories. With its inspired architectural design, it recalls the nation’s rich past and heritage while looking forward to a modern future, one in which Malaysia stands proudly on the global stage.


    We’re ending on a high note – check out these fun facts about Merdeka 118!

    1. It is the second tallest tower in the world at 678.9m.
    2. Located at the top of the tower, one of the world’s highest observation decks offers a view like no other. On a clear day, the view from Menara Merdeka 118 extends as far as Port Klang.
    3. A total of 23,253 façade panels were used to build Merdeka 118, spanning 125,320sqm. This is enough to cover 18 FIFA-sized football fields.
    4. A total of 8,800m of LED strip lighting illuminates the façade.
    5. The Merdeka 118 tower features a distinctive design with diamond-shaped facets inspired by the traditional Malay songket, celebrating Malaysia’s cultural diversity and heritage.
    6. The journey to the top of Merdeka 118 requires a climb of 2,845 steps from ground level!
    7. With a height of 169m reaching the clouds, the spire nearly matches the height of the 40-storey PNB building on Jalan Tun Razak.
    8. 84 floors of the tower are dedicated to office space, including the headquarters of PNB and its strategic subsidiaries.
    9. The tower incorporates 36,000 tonnes of structural steel, which is roughly the weight of more than 9,000 Asian elephants.
    10. It took an average of over 1,900 workers, more than 3,800 days, and 69mil LTI (Loss Time Injury) free man-hours to bring this tower to life.
  • Merdeka 118 Ikon Malaysia dan Destinasi Wajib Untuk Anda Lawati

    CHIN JIAN WEI | 13 November 2025

    MERDEKA 118, memang anda tidak dapat terlepas pandangan. Sebuah menara yang berkilauan menjulang ke langit dan menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang mengagumi latar langit Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 678.9m dan 118 tingkat yang mengagumkan, ia terkenal di seluruh dunia sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia, hanya diatasi oleh Burj Khalifa di Dubai. Tambahan pula, baru-baru ini ia dinobatkan sebagai bangunan tinggi terbaik di dunia (kategori 300 Meter dan ke atas), satu pengiktirafan yang dianugerahkan oleh Council on Vertical Urbanism (CVU) (dahulunya dikenali sebagai CTBUH) semasa Anugerah CVU 2025 di Kanada. Ia bukan sekadar simbol kehebatan seni bina dan teknologi Malaysia, tetapi juga lambang warisan negara kita.

    Nama bangunan ini diambil daripada laungan keramat “Merdeka” oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, yang membawa maksud kebebasan dalam Bahasa Melayu, ketika beliau mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada Ogos 31,1957. Imej Tunku Abdul Rahman dengan tangan diangkat tinggi sambil melaungkan “Merdeka” adalah simbol yang dikenali setiap rakyat Malaysia. Gaya ikonik inilah yang menjadi inspirasi utama bentuk Merdeka 118; sebagaimana Tunku mengangkat tangan kanannya dengan tapak tangan terbuka sambil melaungkan “Merdeka”, bentuk menara dan puncaknya mencerminkan gaya laungan bersejarah tersebut.

    Selain itu, fasad berbentuk berlian pada menara ini menggambarkan kepelbagaian dalam perpaduan rakyat Malaysia melalui geometri yang rumit, diilhamkan daripada motif tradisional songket Melayu. Corak ini diserlahkan lagi oleh jaluran pencahayaan yang menerangi fasad tersebut pada waktu malam, menjadikannya semakin menonjol di langit kota.

    Menurut Dato’ Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, pemilik dan pembina pembangunan Merdeka 118, “Merdeka 118 ialah lambang identiti kebangsaan kita, berakar daripada warisan budaya Malaysia yang kaya serta semangat Merdeka yang tidak pernah luntur. Ia berdiri megah sebagai penghormatan kepada sejarah kita sambil menyambut masa depan dengan keyakinan, mencerminkan nilai, ketabahan, dan aspirasi yang terus membentuk negara kita.”

    Merdeka 118 mula dicetuskan pada pertengahan tahun 2000-an sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang untuk meremajakan kawasan bersejarah ini. Menurut Tengku Ab. Aziz, “Kerja tanah bermula pada tahun 2014, struktur utama disiapkan sepenuhnya pada penghujung tahun 2021, dan menara ini dirasmikan pada Januari 2024.”

    Bagi memastikan pencakar langit ini kekal kukuh, sebuah tapak asas berbentuk bulat berdiameter 78m dan setebal 4m telah dibina, disokong oleh 137 cerucuk konkrit yang dipacak sedalam 60m ke dalam tanah bagi menampung berat luar biasa bangunan ini. 

    Merdeka 118 turut membentuk triumvirat bersepadu bersama dua mercu tanda ikonik negara iaitu Stadium Merdeka (tempat pengisytiharan kemerdekaan negara) dan Stadium Negara, iaitu stadium tertutup pertama di Malaysia. 

    Menurut Tengku Ab. Aziz, “Berdiri bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara, Merdeka 118 membentuk satu kawasan budaya yang bersatu, berakar dalam sejarah negara. Sebagai pemegang amanah tunggal bagi dua stadium warisan ini, kami komited untuk mengekalkan legasi mereka sambil menghidupkan semula kawasan ini untuk generasi baharu. Merdeka 118 menggabungkan elemen pemuliharaan dan kemajuan dengan cara yang menghormati masa lalu serta melangkah yakin ke masa depan.” 

    Antara tarikan awam yang bakal dibuka secara berperingkat di kawasan Merdeka 118 termasuk 118 Mall, Muzium Tekstil Merdeka, dan The View at 118, iaitu dek pemerhatian yang dijadualkan menjadi dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh bandar. Satu pengalaman unik, “Edge Walk”, turut dirancang bagi membolehkan pengunjung berjalan di bahagian luar menara sambil dipakaikan abah-abah keselamatan. Tambah Tengku Ab. Aziz, “Pelbagai penambahbaikan ruang awam dan aktiviti kawasan sedang dirancang bagi terus menyuntik tenaga baharu serta memperkayakan pengalaman pengunjung di kawasan ini.”

    Sementara itu, bagi para pengunjung yang ingin menerokai aktiviti yang ditawarkan oleh Merdeka 118, Tengku Ab. Aziz mencadangkan agar mereka memulakan lawatan di Stadium Merdeka bagi menghayati tempat lahirnya kemerdekaan Malaysia. Seterusnya, berjalanlah di sepanjang Merdeka Boulevard at 118 untuk menikmati kehijauan landskap dan elemen air taman sambil merakam pemandangan menara yang menakjubkan. 

    Tambah Beliau, “Dari situ, teruskan meneroka kawasan sekitar dan alami kejiranan bersejarah dengan reka bentuk bandar moden seperti Petaling Street dan Kampung Attap. Luangkan masa anda untuk berjalan, meneroka dan menyelami gabungan sejarah, seni bina serta panorama bandar yang terus berkembang di sekitar Merdeka 118.”    

    Bagi kemudahan akses, kawasan Merdeka 118 dihubungkan dengan lancar kepada pelbagai sistem pengangkutan awam, termasuk MRT Merdeka, Monorel Maharajalela, dan LRT Plaza Rakyat, dengan akses pejalan kaki terus ke Basement 3 (B3) di 118 Mall, atau dengan kereta melalui Terowong Belfield yang menuju terus ke Basement 4 (B4) Menara Merdeka 118.

    Stadium Merdeka ialah tempat popular untuk pelbagai acara, dan trek lariannya dibuka kepada orang ramai. Ikuti @stadiummerdeka di Instagram untuk pengumuman acara dan maklumat lanjut.

    Seiring pembangunan Merdeka 118 yang terus berkembang menjadi mercu tanda kebangsaan yang mengagumkan, kini menara ini bukan sekadar bangunan untuk dikagumi dari jauh, tetapi sebuah destinasi untuk dialami, diterokai dan dicipta kenangan baharu. Dengan reka bentuk seni binanya yang penuh inspirasi, ia mencerminkan kekayaan sejarah dan warisan negara, sambil melangkah ke arah masa depan moden di mana Malaysia berdiri megah di pentas dunia.

    Kita akhiri dengan sesuatu yang menarik, mari kami kongsikan fakta-fakta menarik tentang Merdeka 118!

    1. Ia merupakan menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 678.9m.
    2. Salah satu dek pemerhatian tertinggi di dunia terletak di puncak menara ini, yang mana ia menawarkan pemandangan yang tiada tandingan. Pada hari yang cerah, pengunjung boleh melihat sejauh Pelabuhan Klang dari Menara Merdeka 118.
    3. Sebanyak 23,253 panel fasad digunakan untuk membina Merdeka 118, meliputi keluasan 125,320 meter persegi, cukup untuk menutupi 18 padang bola bersaiz FIFA.
    4. Sebanyak 8,800m jalur lampu LED menerangi fasad menara, menjadikannya semakin menonjol pada waktu malam.
    5. Reka bentuk unik Merdeka 118 menampilkan permukaan berbentuk berlian yang diinspirasikan daripada kain songket tradisional Melayu, meraikan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia.
    6. Untuk sampai ke puncak Merdeka 118, anda perlu menaiki 2,845 anak tangga dari aras tanah!
    7. Dengan ketinggian 169m yang menjulang hingga ke awan, menara runsing (spire) Merdeka 118 hampir menyamai ketinggian bangunan PNB 40 tingkat di Jalan Tun Razak.
    8. Sebanyak 84 tingkat menara ini diperuntukkan sebagai ruang pejabat, termasuk ibu pejabat PNB dan anak syarikat strategiknya.
    9. Struktur menara ini menggunakan 36,000 tan keluli struktur, bersamaan dengan berat lebih daripada 9,000 ekor gajah Asia.
    10. Untuk merealisasikan menara megah ini, ia memerlukan lebih 1,900 pekerja setiap hari, tempoh pembinaan selama lebih 3,800 hari, dan 69 juta jam kerja tanpa kecederaan serius (LTI-free man-hours).

Discover more stories

© Copyright 2025 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P).
Ooops!
Generic Popup2