TUN HIZAMI HASHIM | 21 Ogos 2026
Semangat komuniti yang kukuh terus subur di Perumahan Awam (PA) Seri Selangor, Jalan San Peng, apabila sukan, budaya dan pengalaman bersama menyatukan penduduk, di samping mewujudkan ruang untuk gaya hidup sihat serta memastikan warisan terus hidup untuk generasi akan datang.
Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Selangor, Mohd Noorzaimi Shamsuri, bersama Ketua Komuniti dan Placemaking PNB Merdeka Ventures, Riduan Ngesan, di Temasya San Peng pada hujung minggu lalu.
Kerjasama yang Membawa Perubahan
Memperkasakan Warisan Budaya
Kumpulan Zapin Seri Selangor terus menghidupkan seni tradisional zapin menerusi latihan yang diadakan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat di dewan serbaguna PA Seri Selangor. Ditubuhkan menerusi Program Geran Komuniti Merdeka 118, kumpulan ini turut membuka peluang kepada para peserta untuk membina keyakinan diri, berkongsi bakat serta berpotensi menjana pendapatan sampingan melalui persembahan.
Terokai Detik Bermakna