Mengayuh Menelusuri KL
ELLFIAN RAHIM | 25 September 2025
Bersatu teguh: Dari kiri, Arif Aiman Othman (Pengurus Operasi), Janssen dan Mohd Hafidz Md Zain (Pengarah).
Syarikat ini menawarkan pelbagai lawatan bertema yang menarik. Antaranya, The Best of Kuala Lumpur Classic dan Sunset & Night Tour membawa peserta menyusuri Pasar Chow Kit, Kuil Sin Sze Si Ya, Bukit Nanas dan kawasan Segitiga Emas. The Riverside Experience pula mengikuti aliran Sungai Klang hingga ke Brickfields, manakala The Authentic Experience meneroka lorong-lorong warisan di Kampung Baru.
Bagi mereka yang percaya bahawa tiada pengembaraan yang lengkap tanpa waktu makan, mereka juga menyediakan Pitstop Foodie Tour. Bayangkan anda mengayuh melalui kawasan India di Lebuh Ampang, lorong-lorong sibuk di Chinatown, dan syurga makanan jalanan di Kampung Baru, tidak dilupakan beberapa hentian untuk anda menikmati snek sepanjang perjalanan. “Jangan makan terlalu banyak sebelum kayuh – nanti tak cukup ruang dalam perut!” usik Janssen sambil ketawa.
Sejak dilancarkan, MikeBikes merupakan salah satu aktiviti luar yang paling mendapat sambutan di KL, dan telah meraih pelbagai anugerah TripAdvisor Travellers’ Choice. Dengan sambutan yang menggalakkan ini, mereka merancang untuk terus berkembang ke Langkawi menjelang tahun melawat Malaysia 2026, roda MikeBikes akan terus berputar.
Rumusan Janssen cukup indah “Bila menaiki basikal, anda berpeluang untuk benar-benar meneroka permata tersembunyi Kuala Lumpur dengan cara yang berbeza. Kehidupan terasa lebih perlahan. Anda merasai cahaya matahari sambil menyerap suasana sekeliling. Pancaindera anda pula merekodkan persekitaran dengan lebih mendalam, dan dari situ, anda lebih memahami makna sebenar berada di tempat baru.”
Selebriti Pun Kayuh: Apabila Edwin van der Sar Datang ke KL…
MikeBikes
Di mana? 46, Lorong Raja Muda Musa 4, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Talian: +6017-673 7322 (Voorkeur)
Discover more stories