Lokasi: Taman Botani Perdana, Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang (Tutup pada hari Isnin & tengahari Jumaat)
Di sepanjang lorong tenang Jalan Perdana, terletaknya dua buah rumah bersebelahan. Sri Taman merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri kedua Malaysia. Sebuah kawasan yang tenang, tak jemu untuk tatap sehingga pagi. Beberapa langkah sahaja dari situ, terletaknya Sri Aman, dahulunya kediaman Ketua Polis Negara – kini menempatkan pelbagai pencapaian penting dalam legasi bekas Perdana Menteri itu.
Terletak di tengah kehijauan Taman Botani Perdana, memorial ini menawarkan kawasan rehat daripada kesibukan kota. Rumah gaya California di Sri Taman, dengan beranda yang disinari cahaya matahari, tingkap yang besar dan taman dalam halaman, memberi gambaran tentang visi Tun Razak, seorang pemimpin yang prihatin bukan sahaja terhadap bandar, tetapi juga desa, sawah dan rakyat yang mengusahakannya. Di Sri Aman pula, pengunjung dapat menyaksikan detik-detik penting daripada diplomasi antarabangsa kepada penciptaan Buku Merah dan Buku Hijau, serta replika rumah Felda pertama, sederhana tetapi sarat dengan harapan.