ELLFIAN RAHIM | 20 Jun 2026
AYOFKL 2026 edisi sulung, yang dianjurkan bersama oleh Orkestra Filharmonik Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia, akan menghimpunkan seramai 85 pemuzik muda dari Malaysia serta negara-negara jiran iaitu Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Brunei dan Vietnam.
Ruang-ruang seperti Rumah Tangsi dan Auditorium DBKL sentiasa dihidupkan dengan pelbagai konsert, bengkel dan perhimpunan komuniti, membuktikan bahawa lokasi ini bukan sekadar mercu tanda seni bina, tetapi juga pentas hidup yang menemukan melodi baharu dengan kisah-kisah lama. Apabila pemuzik muda dari seluruh ASEAN berkumpul untuk belajar dan membuat persembahan di ruang seperti ini, mereka turut menjadi sebahagian daripada rakaman bunyi yang terus membentuk kawasan warisan Kuala Lumpur.
Acara Kemuncak: Konsert Gala AYOFKL 2026
Di bawah pimpinan baton Gerard Salonga, festival ini akan melabuhkan tirainya dengan sebuah konsert gala di Dewan Filharmonik Petronas pada 27 Jun.
“Antara karya yang akan dipersembahkan ialah Olympic Fanfare and Theme oleh John Williams, diikuti Rhapsody on a Theme of Paganini oleh Sergei Rachmaninoff dan Symphony No. 1 (The Titan) oleh Gustav Mahler,” katanya.
Menampilkan pemain piano muda Malaysia, Celestine Yoong Qian Yi, konsert gala ini meraikan kecemerlangan, solidariti dan keharmonian serantau melalui kuasa muzik. “Ia sememangnya satu pengalaman yang amat berharga buat semua pemuzik muda dan sesuatu yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,” kata Ahmad Muriz mengakhiri perbualan.
Tiket untuk Konsert Gala AYOFKL 2026 boleh didapati melalui DFP Box Office.
Konsert Gala AYOFKL 2026: Grand Finale menampilkan pemain piano Malaysia, Celestine Yoong Qian Yi.
Terokai Detik Bermakna