Kopi, Kari & Karakter: Kafe Nostalgia di KL

Chin Jian Wei | 1 Julai 2025

Tradisi bertemu juadah moden di permata tersembunyi, yang mana dinding penuh bersejarah menyimpan rasa yang tradisi dan terdapat kisah tersendiri di setiap sudut. Langkah masuk ke dalam Timothy Cafe dan anda akan temui sesuatu lebih daripada sekadar hidangan. – Foto: Media sosial
AMBILLAH masa untuk berjalan di kawasan lama sekitar Kuala Lumpur, dan anda akan temui banyak bangunan warisan yang memikat hati – peninggalan dari zaman kolonial negara kita. Bangunan-bangunan lama ini kini diberi nafas baharu, menjadi restoran dan kafe, meriah dengan kehadiran generasi baharu rakyat Malaysia serta pelancong dari seluruh dunia.

Ng Sin Leong, salah seorang pemilik Timothy Café, Leaf & Co dan Mingle – tiga premis makanan seperti ini – berkongsi kisahnya: “Pada tahun 2016, kami sedang mencari lokasi untuk Mingle Hostel dan Cafe. Kami pertama kali menemui bangunan di No. 53, Jalan Sultan, dan serta-merta tertarik dengan dinding lama dan aura dari kisah-kisah yang belum diceritakan. Kami rasa bangunan warisan yang sarat dengan sejarah ini adalah tempat sempurna untuk menghubungkan pelancong dari serata dunia.

“Dinding yang sudah lusuh, jejak masa dan cerita yang tertanam dalam bangunan warisan adalah sesuatu yang tidak boleh diganti. Ciri-ciri unik sebegini tidak mungkin dapat ditiru oleh bangunan moden.”

Jika nilai sejarah dan estetik sebegini menarik minat anda, berikut adalah antara beberapa kafe yang boleh anda temui di kota ini.
Timothy Café
Kita mulakan senarai ini dengan salah satu kafe milik Ng, yang mengkhususkan dalam pembuatan pasta sendiri yang segar serta kopi artisan. Jika anda datang awal, anda boleh melihat sendiri proses pembuatan pasta dengan mata sendiri. Bangunan ini berusia lebih 100 tahun, dan ia jelas kelihatan melalui dinding bata yang terdedah dengan gabungan dekorasi vintaj. Terdapat pelbagai rasa untuk pasta di sini, dengan pelbagai hidangan yang menggabungkan sentuhan tempatan seperti masak lemak. Saya ini mengesyorkan pesto mereka!
 
Alamat: 24, Jalan Tun H.S. Lee, Pusat Bandar, 50100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8 pagi – 9 malam (Isnin hingga Khamis), 8 pagi – 10 malam (Jumaat hingga Ahad)

Ikuti Timothy di sini: @timothy_highstreet
Merchant’s Lane
Kafe yang agak tersembunyi ini terletak di kawasan terkenal Kuala Lumpur – Chinatown. Ia bersebelahan dengan sebuah kedai serbaneka, melalui pintu berwarna teal (gabungan biru dan hijau) yang mudah untuk anda terlepas, dan kemudian naik ke tingkat atas. Reka bentuk dalaman yang berkonsepkan rustik dan vintaj ini mencerminkan sejarah bangunan berusia lebih 80 tahun ini, yang dahulunya merupakan rumah kedai semasa zaman kolonial. Merchant’s Lane menyajikan pelbagai hidangan gabungan menarik seperti Mala Kuah Kacang Ramen dan Pancake Nasi Lemak.

Alamat: 150, Jalan Petaling, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11.30 pagi – 8 malam (Selasa, Rabu, Khamis & Ahad), 11.30 pagi – 9 malam (Jumaat & Sabtu)

Ikuti Merchant’s Lane di sini: @merchantslane
LOKL Coffee Co
Terletak di tengah- tengah kawasan bersejarah ibu kota, LOKL (disebut sebagai "local") menyajikan kopi yang enak dan hidangan kafe yang diinspirasikan dari Melbourne. Antara yang boleh anda nikmati di sini adalah kek, pastri dan pasta. Seperti kebanyakan kafe dalam senarai ini, reka bentuk dalamannya menyerlahkan elemen bangunan kolonial – dengan dinding bata terdedah dan gaya retro-industri yang ringkas tetapi menarik.

Alamat: 30, Jalan Tun H.S. Lee, Pusat Bandar, 50100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang setiap hari

Ikuti LOKL di sini: @loklcoffee
Chocha Foodstore
Hotel Mah Lian pernah menjadi salah satu daripada banyak tempat penginapan tersorok yang melayani pengunjung sementara pada era kolonial di Petaling Street. Setelah lama terbiar, bangunan ini diberi nafas baharu apabila diubah menjadi Chocha Foodstore. Dengan jubin vintaj pada dinding dan lantai, menyerlahkan suasana kolonialnya. Tidak seperti kebanyakan tempat makan lain dalam senarai ini, Chocha mengkhususkan hidangan klasik Malaysia dengan sentuhan moden — seperti Ulam Lemang. Yang paling saya tak sangka, mereka turut menyajikan ambuyat, hidangan berasaskan sagu yang jarang ditemui di luar Malaysia Timur.

Alamat: 156, Jalan Petaling, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengah hari – 11 malam (Ahad hingga Selasa), 12 tengah hari – 12 tengah malam (Khamis hingga Sabtu)

Ikuti Chocha di sini: @chochafoodstore
Light Capture Café
Satu lagi permata tersembunyi di Chinatown, kafe ini terletak di antara deretan rumah kedai lama yang menjadi nadi kawasan tersebut, dan menyajikan gabungan hidangan Barat dan tempatan. Kafe ini diwujudkan dengan menggabungkan dua lot yang dahulunya rosak akibat kebakaran. Ruangnya luas dan terang, dengan cahaya matahari semula jadi menyinari dinding bata dan jubin lantai retro monokrom yang klasik. Baru-baru ini, mereka juga telah membuka cawangan baharu di Pavilion Kuala Lumpur – tetapi tiada sentuhan warisan yang ikonik seperti di sini.

Alamat: 81 & 83, Jalan Tun H.S. Lee, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi – 6 petang (Isnin hingga Khamis), 10 pagi – 9 malam (Jumaat hingga Ahad)

Ikuti Light Capture di sini: @lightcapturecafe
Leaf & Co Café
Terletak di dalam bangunan lama Hostel Chinatown , kafe berkonsep rugged ini mengekalkan rekaan dalaman yang ringkas, dengan satu ciri menarik – dinding yang dihias indah menggunakan susunan blok konkrit secara artistik. Mereka menyajikan pelbagai hidangan dari Timur dan Barat, termasuk beberapa pilihan gabungan unik seperti spageti daging teriyaki.

Alamat: 53, Jalan Sultan, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari

Ikuti Leaf & Co di sini: @leafandco_cafe
Concubine
Tersilit di tengah-tengah Chinatown, Concubine merupakan bar bergaya yang berakar kuat penuh bersejarah. Terletak dalam bangunan warisan yang telah dipulihara, ruang ini dahulunya merupakan sebahagian daripada sejarah Kuala Lumpur yang penuh warna dan kisah yang kompleks. Hari ini, ia diberi nafas baharu sebagai lokasi malam yang meriah, malah pernah dinobatkan sebagai Bar Terbaik Tahun 2022.
Reka bentuk dalaman bar ini berani dan eklektik, dihiasi mural yang diinspirasi oleh potret klasik Cina serta seni jalanan kontemporari. Menu koktel mereka juga tampil dengan sentuhan tempatan yang unik, dengan nama-nama kreatif seperti duku langsat dan minyak cap kapak.

Alamat: Lot 2, Jalan Panggong, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 5 petang – 1 pagi (Selasa, Rabu, Khamis & Ahad), 5 petang – 3 pagi (Jumaat & Sabtu)

Ikuti Concubine di sini: @concubine_kl

Terokai Detik Bermakna

Ooops!
Generic Popup2