Di Mana Kisah Kita Bermula

Kisah Warisan Kita merupakan penceritaan bersiri bagi meraikan warisan hidup Kuala Lumpur, di mana ia merangkumi penduduk kota, kraf, ruang dan ritual harian yang membentuk identiti kota ini. Melalui video, rencana penulisan dan peta, setiap episod mengajak anda semua untuk mengenali semula KL melalui lensa yang berbeza: berakar pada denyut nadi budaya dan komuniti.

Projek ini dihasilkan dengan kerjasama ArtsFAS dan Yayasan Hasanah. Dengan adanya sokongan daripada mereka, ia membolehkan kisah-kisah ini dikongsi kepada komuniti yang lebih luas.

Supported by:
  • Video Utama

    Bunyi Kota
    Episod ini meneroka landskap bunyi Kuala Lumpur yang pelbagai – daripada gema tradisional hingga suara meriah pemuzik jalanan serta perkembangan landskap muzik langsung kota ini.
    Di Luar Bingkai
    Dari kawasan kuil hingga ke lorong-lorong tersembunyi, nadi Kuala Lumpur berdenyut dengan warisan dan pembaharuan yang sentiasa hidup. Di tengah-tengahnya, Kombo Budaya DBKL menjadi jambatan antara masa lalu dan masa kini dengan mentafsir semula tradisi untuk sebuah kota yang sentiasa bergerak.
    Dari platform LRT hingga ke kaki lima Kuala Lumpur, pengamen dan pemuzik jalanan membentuk ritma harian kota dengan mengubah detik-detik singkat menjadi pengalaman untuk dikongsi bersama, sambil memastikan semangat muziknya terus hidup di ruang terbuka.
    Dari ruang mendengar yang intim hingga ke persembahan lewat malam, landskap muzik yang dimainkan secara langsung di Kuala Lumpur berkembang melalui hubungan antara pemuzik dan penonton. Bagi penggiat industri muzik seperti Ronnie, lokasi seperti Jao Tim dan Bobo KL menyediakan ruang untuk membentuk bunyi, berkongsi cerita dan membawa penonton dalam menghayati persembahan.

    PETA

    Melangkah ke Dalam Kisah
    Jejaki kisah di sebalik layar. Peta ini menjadi panduan ringkas untuk melihat di mana beberapa lokasi muzik berada di kota—satu undangan terbuka untuk meneroka, menemukan dan mungkin mendengarnya sendiri.
  • Video Utama

    Brew KL
    Episod ini menjejaki perjalanan kopi Kuala Lumpur – daripada bancuhan tradisi di kopitiam warisan kepada tafsiran moden di kafe kontemporari, serta kebangkitan kopi bergerak, di mana tradisi dituangkan dalam setiap cawan, kemudian diolah semula untuk gaya hidup yang serba pantas.
    Di Luar Bingkai
    Ho Kow Hainam Kopitiam ialah sebuah arkib hidup kopi Hainan, legasi keluarga dan memori komuniti, di mana setiap cawan membawa tradisi puluhan tahun ke masa kini.
    Tatkala Bangunan Sultan Abdul Samad membuka pintunya kepada orang ramai, Kaw Kaw Malaya menjadi nadi pengalaman ini dengan cita rasa yang berani dan dekat di hati, menyajikan warisan Malaysia dengan sentuhan moden.
    Di seluruh Kuala Lumpur, generasi baharu usahawan minuman sedang mengolah semula cita rasa klasik menjadi pengalaman moden yang bergerak yang dicipta untuk mereka yang mempunyai rasa ingin tahu dan dinikmati sambil berjalan.

    PETA

    Melangkah ke Dalam Kisah
    Jejak kisah di sebalik layar – di mana setiap cawan dibancuh, ditarik dan dituangkan dengan penuh karakter. Peta ini membawa anda menyusuri jejak kopi Kuala Lumpur, daripada kopitiam lama hingga kafe moden dan gerai minuman di tepi jalan. Sebuah jemputan terbuka untuk berjalan, menghirup dan menemukan bagaimana setiap cawan menyimpan cerita kotanya.
  • Video Utama

    Suara Visual
    Episod ini membawa penonton menyelami denyutan kreatif Kuala Lumpur – daripada tenaga inovatif ruang seni bebas kepada penganjuran bengkel artisan pop-up yang menghidupkan semula minat terhadap seni kraf, hinggalah ke seni bina halus di tempat-tempat ibadat, di mana kesenian dan identiti budaya terpapar dengan begitu terperinci.

    Jeffrey Lim seorang jurugambar akan membawa kita menelurusi kota, memperlihatkan bagaimana seni wujud di mana-mana sahaja dalam kehidupan seharian, jika kita tahu di mana untuk kita lihat.
    Di Luar Bingkai
    Di tengah-tengah Kuala Lumpur, galeri dan studio menawarkan lebih daripada sekadar pameran – mereka menyediakan ruang untuk berhenti sejenak, merenung dan berinteraksi. 
    Melangkaui galeri dan pameran, ruang kreatif di Kuala Lumpur sedang membentuk semula cara seni dialami dan mengajak orang ramai beralih daripada sekadar menjadi pemerhati kepada peserta melalui bengkel, studio komuniti dan pengalaman secara langsung.
    Di seluruh Kuala Lumpur, kepercayaan dan kesenian saling bertaut dalam ruang-ruang di mana seni bina, ritual dan budaya bertemu dalam ekspresi yang tenang namun penuh makna.
  • Video Utama

    Jelajah Kulinari
    Episod 4 menyelami rasa dan kisah yang membentuk landskap makanan di Kuala Lumpur. Bermula dengan Pasar & Memori, menjejak asal usul bahan-bahan dan inspirasi di sebalik masakan, serta membongkar bagaimana pasar tempatan terus memacu warisan kulinari dan idea baharu. Jelajah ini diteruskan dengan resipi turun temurun, mengfokuskan restoran yang dikendali oleh keluarga yang telah mengekalkan rasa kegemaran mereka merentasi generasi. Akhir sekali, hidangan yang diperbaharui membawa anda ke dapur kontemporari, di mana chef menyuntik kreativiti mereka pada setiap hidangan klasik, dengan campuran tradisi dan inovasi.
    Di Luar Bingkai
    Seong Ying Chai ialah sebuah kedai roti lama di Kuala Lumpur, di mana mereka menyediakan pastri bermusim yang menggunakan teknik buatan tangan dan pengetahuan turun-temurun membuatkan mereka terus membentuk kedudukannya dalam kota ini.
    Di Chocha Foodstore, bahan-bahan tradisional Malaysia dari Sabah hingga ke Semenanjung ditafsir semula melalui pendekatan kontemporari, berpandukan ingatan, rasa dan kesederhanaan.
    Hos lawatan makanan, Manjeet Dhillon, menawarkan perspektif dari aras jalan di Lebuh Ampang, di mana bahan-bahan, kedai runcit dan interaksi di tepi jalan menyingkap warisan makanan yang hidup, dibentuk oleh peredaran masa dan penggunaannya.
  • Video Utama

    Langkah Menelusuri Kota
    Bandar ini menunjukkan dirinya dengan cara yang berbeza apabila kita memperlahankan langkah. Episod terakhir Kisah Warisan Kita ini menelusuri Kuala Lumpur dengan berjalan kaki – melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Dataran Merdeka dan Jalan Tun H.S. Lee bagi menyingkap lapisan yang sering terlepas pandang ketika kita bergerak pantas. Dahulu dibentuk oleh sungai dan pertemuan harian, kota ini kini berkembang dengan lebih cepat, lebih padat dan lebih banyak terhubung. Namun, kisah-kisahnya tetap jelas terasa apabila diterokai dengan langkah perlahan. Episod ini mengajak anda melihat lebih dari sekadar fasad – untuk memahami bagaimana ruang telah berubah, bagaimana ia dihuni pada hari ini, dan bagaimana masa lalu terus bergema di masa kini. Kerana kadangkala, memahami sesebuah kota bermula dengan hanya berjalan melaluinya.
    Di Luar Bingkai
    Dari Dataran Merdeka ke jalan-jalan yang sibuk di sekitar Pasar Seni, lawatan berjalan kaki sedang mengubah cara orang ramai untuk menghayati Kuala Lumpur - membongkar lapisan sejarah, kehidupan harian dan perincian membentuk bandar yang sering kita terlepas pandang.
    Sinonim dengan musim perayaan di Malaysia, terutamanya sewaktu Hari Raya dan Deepavali, Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR, kekal berfungsi sebagai tumpuan untuk membeli belah, keakraban komuniti dan penjanaan ekonomi setempat melalui kepelbagaian perniagaan yang baharu, mahupun perniagaan turun temurun.
    Berjalan ke utara dari Central Market memperlihatkan sisi Kuala Lumpur yang berbeza – di mana kubah, rumah kedai dan fasad yang kian pudar menyimpan lapisan memori, penyesuaian dan kehidupan harian, yang sering terlepas pandang apabila kita bergerak terlalu pantas melalui kota ini.
Ooops!
Generic Popup2