Geran ini terbuka kepada individu, kolektif kreatif, NGO, perusahaan sosial, perniagaan, dan organisasi berasaskan komuniti yang berdaftar di Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang telah menjalankan kerja di kawasan tumpuan atau yang mempunyai kerjasama tempatan yang kukuh.
Setiap permohonan boleh memohon pembiayaan antara RM20,000 hingga RM150,000, dengan saranan padanan pelaburan 1:1. Semua projek mesti disiapkan sebelum atau pada 30 September 2026.
Kos yang layak termasuk bahan, teknologi, perkhidmatan kreatif dan profesional, aktiviti jangkauan komuniti, dan pembangunan kapasiti. Projek yang telah bermula, tidak memberi impak kepada komuniti, atau tidak memenuhi syarat kelayakan tidak akan dipertimbangkan.