PERNAHKAH anda melihat lengan baju menari di Pasar Seni? Jika anda sering berjalan tergesa-gesa di stesen MRT – mata menunduk, fikiran tertumpu pada mesyuarat seterusnya – anda mungkin terlepas pandang. Tetapi jika anda berhenti seketika, anda akan perasan sesuatu yang luar biasa.
Kain-kain yang beralun, seolah-olah terhenti di tengah gerakan, tergantung di jambatan dalam Stesen MRT Pasar Seni. Ia kelihatan melayang antara masa lalu dan masa kini, mengisyaratkan warisan yang telah bertahan sepanjang zaman – namun dihidupkan semula dengan cara yang segar dan moden.
Inilah Dancing Sleeves, instalasi seni terkini inisiatif Arts On The Move (AOTM) oleh Think City, hasil ciptaan artis dan teknologis kreatif Malaysia, Tan Sher Lynn, dan akan berada di hentian transit anda sehingga akhir Oktober ini. Diilhamkan oleh water sleeves yang anggun dalam kostum opera tradisional Cina, karya ini melakar semula pergerakan mengalirnya melalui teknologi digital kontemporari. Apabila anda melihat menggunakan telefon pula, karya ini seakan-akan bergerak hasil teknologi AR (augmented reality).