Belia KL, bukan sekadar menabur kata
DOMINIQUE TEOH | 11 Ogos 2025
Kuala Lumpur ialah sebuah bandar yang sudah tertulis kisahnya. Jadi cuba untuk lihat disebalik pembangunan dan anda akan tenemui pelbagai memori yang terpahat pada bangunan dan jalan-jalan. Inisiatif seperti Projek Sejarah Lisan KL dan Kerja Jalan membantu kita berhubung dengan cerita-cerita ini, mengingatkan kita bahawa warisan adalah sesuatu yang peribadi dan kolektif.
Pada akhirnya, ia adalah untuk menjadikan cerita dan pengalaman hidup di bandar ini boleh diakses oleh semua. Sama ada melalui rakaman podcast atau penambahbaikan infrastruktur pejalan kaki, inisiatif-inisiatif ini membantu kita memahami hubungan kita dengan bandar, membawa kita lebih dekat dengan sejarah dan antara satu sama lain.
Seperti peribahasa Melayu yang mengatakan, tak kenal maka tak cinta — anda tidak akan mencintai sesuatu yang anda tidak kenali. Jadi, jika anda mahu jatuh cinta semula dengan Kuala Lumpur, anda boleh mulakan dari sini.
Discover more stories