Petaling Sweets: 4 Kafe di Petaling Street untuk dinikmati pada Hari yang Panas!

Nabila Azlan | 13 Februari 2025

Sejujurnya, memang takkan pernah habis aktiviti untuk dilakukan di Petaling Street, kawasan yang penuh dengan sejarah dan warisan kebudayaan. Kawasan yang suatu ketika dahulu merupakan pusat bagi Kuala Lumpur yang juga merupakan penempatan Masyarakat Cina pada abad ke-19, kawasan bangunan dua tingkat ini masih menggambarkan warisan nenek moyang kita. Rumah kedai yang menarik dengan struktur reka bentuk lama masih berdiri dengan megah di samping kafe moden, menjadi sakti buat evolusi kawasan ini, di samping masih mengekalkan daya tarikan asal usul reka bentuk sebenar.

Terkenal dengan kawasannya yang sibuk, Petaling street merupakan tarikan buat pengunjung dalam mahupun luar negara yang mencari harga barangan yang berpatutan dan snek di sepanjang jalan. Jika di Petaling Street terdapat jualan barangan yang mengikut trend, berhampiran kawasan itu juga anda akan temui mercu tanda kebudayaan seperti Pasar Seni (Central Market), pusat sehenti atau hub barangan kesenian, serta REXKL, sebuah panggung wayang lama yang digunakan semula menjadi pusat kreatif di mana seni, sejarah dan inovasi disatukan. Tidak jauh dari situ juga, kawasan Jalan Panggong pula telah bertukar menjadi hotspot bagi penggemar kopi dan makanan yang kebanyakkan telah mengambil alih bangunan lama, menjadikan gabungan moden dan budaya sangat tersusun kemas.

Jika anda berjalan di sekitar Petaling Street pula, pastinya minuman dan makanan yang manis bermain di fikiran anda sambil berjalan menikmati pemandangan kota, Ais kacang, latte, kek dan mochi - fuh panjang senarai kami untuk anda!
Manis KL: Ais kisar dan jeli Malaysia yang pasti sedap
Manis KL, sebuah kedai pencuci mulut yang baru sahaja dibuka bersebelahan dengan lorong seni terkenal Kwai Chai Hong. Sejujurnya, memang sedap untuk santapan pemanis mulut anda. Sesuai dengan namanya, mudah untuk kita jatuh cinta dengan Manis KL kerana mereka menyajikan pelbagai pencuci mulut tempatan seperti sago santan, mangkuk jeli tradisional (seperti peach gum), bubur manis klasik (seperti Bubur Cha Cha dan Longan), kuih gula melaka dan pencuci mulut berasaskan soya, serta ais kacang dan cendol.
 
Sebagai tambahan mereka juga menyajikan Bingsu (pencuci mulut, ais parut Korea) — ada sesiapa nak Durian atau limau kasturi? Tempat yang wajib dikunjungi selepas sesi bergambar di Kwai Chai Hong

Ada lagi!
  
Slogan Manis KL mungkin "Di Mana Pencuci Mulut Selalu Diutamakan" tetapi mereka juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan panas, antaranya Yong Tau Foo, Nasi Ayam Hainan dan Bubur.
  • Manis KL
    Lot 8, Lorong Panggung, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
  • Buka dari jam 10pg to 9.30mlm. Tutup setiap Selasa
  • Instagram: instagram.com/maniskl_dessert/
Gerson Batik x 16 Degrees Outpost: Untuk Latte dan Snek dengan Pemandangan ‘Batik-ful’
Anda boleh terleka menghabiskan masa berjam-jam di Gerson Batik. Kedai batik dan pusat kreatif ini diusahakan oleh tiga beradik tukang jahit kelahiran Klang, yang terkenal dengan menjahit pakaian dan blaus batik Malaysia. Perniagaan milik keluarga di KL ini merupakan kolaborasi yang menarik bersama 16 Degrees Outpost dengan menyajikan latte kelapa, bancuhan air yuzu sejuk atau rasai kenikmatan air tangan mereka (tembikai ros laici menanti anda!). Di samping itu, rasai kenikmatan kek padan gula melaka dan tiramisu
 
Ada lagi!

Gerson adalah pusat kreatif di mana pengunjung boleh memilih untuk menyertai pelbagai bengkel. Sertai cara pembuatan lilin atau lukisan batik; jika anda mempunyai lebih banyak masa, terdapat juga bengkel membuat minyak wangi dan losyen. Bagi anda yang bukan penggemar kopi dan kek, Gerson juga menempatkan Looi Looi Ice Cream, aiskrim tempatan yang kaya dengan rasa buah-buahan dari Cameron Highlands!
  • Gerson Batik KL / 16 Degrees
    6, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
  • Buka setiap hari pada jam 10pg hingga 6mlm
  • Instagram: instagram.com/16degrees.my
Kaffe 16: For matcha, mocktails and macarons…

Daya tarikan Kaffe 16 terletak pada kepercayaan produknya. Singgahlah untuk menikmati pencuci mulut, selain menjamu diri dengan pelbagai pilihan santapan pagi, sepanjang hari. Bukan sahaja menarik perhatian golongan muda, tetapi kafe ini juga sesuai untuk merekay yang berkeluarga dan mempunya pasangan yang inginkan kafe yang santai. Interiornya yang kemas dengan pembahagian yang menjadikan kawasan di hadapan pebayaran sebagai tempat pertemuan (di mana anda boleh mempelajari tentang biji kopi kafe – Ethiopia, Costa Rica dan Kenya). Kek, mochi dan fraiser mereka benar-benar menarik perhatian dan pastinya akan memuaskan selera anda… Istimewa hanya sekali sebulan Signature Beryl’s Tiramisu. Jenama coklat tempatan yang terkenal, dari kafe sebelah.

Ada lagi!

Bawa pulang biji kopi terbaik dari Kaffe 16! Mereka menjual biji kopi keseluruhan dan beg penapis untuk mereka yang ingin menikmati sedikit Kaffe 16 di rumah.

  • Kaffe 16
    Lot 16, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
  • Buka setiap pagipada 10pg hingga 6ptg
  • Instagram: instagram.com/kaffe.16
LaGula oleh The Hungry Tapir: Kedai sehenti untuk Vegan

Jangan lupa untuk singgah ke LaGula untuk tarikan interior merah jambu mereka, dan nikmati croissants di sini - rotinya lembut dan penuh dengan rasa yang lazat sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana minuman. Tiada lagi makanan yang membosankan buat mereka yang vegan. Bukan sahaja terdapat kek, roti, pai yang pelbagai untuk dipilih, tetapi mereka juga menyajikan aiskrim dan pizza. Platters LaGula sangat sesuai untuk dinikmati jika anda "lapar, tetapi tidak terlalu lapar".

Haa ada lagi!

Restoran vegan ini juga merupakan ruang yang selesa untuk lepas santai mendengar muzik! Anda boleh lihat IG mereka untuk acara, rekod dan aktiviti lain yang mereka sajikan.

  • LaGula by The Hungry Tapir
    G-02, Ground Floor, Four Points Hotel by Sheraton, 2, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
  • Buka dari 11pg to 10mlm Ahad hingga Khamis, dan 11pg to 11mlm, Jumaat hingga Sabtu. Tutup setiap Selasa
  • Instagram: instagram.com/lagulabytapir/

Discover more stories

Ooops!
Generic Popup2