Central Market
Seri Negara: Dari Pusat Pentadbiran Kolonial ke Tapak Kelahiran Negara
Seri Negara merupakan satu mercu tanda paling penting dalam inisiatif Warisan KL, melambangkan transformasi mendalam Malaysia dari zaman penjajahan British hingga era pasca kemerdekaan. Terletak di atas bukit yang menghadap Taman Botani Perdana (turut dikenali sebagai Taman Tasik Perdana), bangunan megah ini bukan sekadar karya seni bina; ia juga merupakan “saksi bisu” kepada pembentukan Malaysia moden.
Disiapkan pada tahun 1913, Seri Negara pada asalnya dikenali sebagai Federal Lodge (kemudiannya dinamakan sebagai Government House, sebelum dinamakan King’s House). Ia berfungsi sebagai kediaman rasmi dan rumah tetamu rumah tetamu bagi Pesuruhjaya Tinggi Malaya, iaitu pegawai tertinggi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu. Bersama Carcosa yang terletak berdekatan, ia melambangkan pengaruh, prestij dan kuasa pemerintah British pada awal abad ke-20.
Kepentingan sejarah bangunan ini terserlah melalui peranannya sebagai lokasi bagi rundingan perlembagaan penting yang membentuk hala tuju negara:
Kepentingan sejarah bangunan ini terserlah melalui peranannya sebagai lokasi bagi rundingan perlembagaan penting yang membentuk hala tuju negara:
- Krisis Malayan Union (1946): Selepas Perang Dunia Kedua, pihak British mengumumkan rancangan Malayan Union di King’s House. Cadangan tersebut yang bertujuan untuk mengurangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, mencetuskan kebangkitan nasional dan gelombang bantahan besar-besaran yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.
- Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948: Tentangan yang meluas terhadap Malayan Union akhirnya mendorong pihak British berunding yang membawa kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di King’s House pada 21 Januari 1948. Perjanjian ini telah mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta meletakkan asas kepada pembentukan sistem pemerintahan Persekutuan.
- Perjanjian Kemerdekaan (1957): Perjalanan Tanah Melayu menuju kemerdekaan mencapai kemuncaknya di bangunanbersejarah ini. Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani di King’s House oleh Raja-Raja Melayu dan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Malaya terakhir. Peristiwa bersejarah ini secara rasmi melahirkan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Seri Negara telah diberi nafas baharu oleh Khazanah Nasional Berhad sebagai sebuah galeri warisan bagi memastikan kisah dan sejarahnya terus dipelihara untuk generasi akan datang. Bangunan bersejarah ini turut menjadi antara komponen yang penting dalam inisiatif Warisan KL yang bertujuan menghidupkan semula “jiwa” Kuala Lumpur melalui pemuliharaan dan penghayatan warisan binaannya.
Bangunan ini telah dibuka semula secara rasmi pada 15 Disember 2025 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selepas melalui proses restorasi dan pemuliharaan selama sepuluh bulan.
Kini, para pengunjung berpeluang meneroka dan menghayati pelbagai pengalaman yang ditawarkan, termasuk:
Pameran Meniti Arus Merdeka

Pengalaman menyusuri perjalanan sejarah Malaysia dari awal abad ke-20 hingga ke hari ini melalui pengalaman pelbagai galeri yang interaktif dan mengasyikkan.
Galeri 1 – Seri Negara: Dinding Berbicara
Pengalaman sinematik yang memberikan "suara" kepada bangunan Seri Negara untuk menceritakan peristiwa dan perubahan yang disaksikan sepanjang lebih satu abad..
Galeri Naratif:
Tiga ruang galeri di tingkat atas yang memperkenalkan tema-tema penting berkaitan perjuangan rakyat, perkembangan perlembagaan, serta pembinaan negara selepas kemerdekaan.
Galeri 2 – Rakyat, Kuasa & Tempat
Galeri ini mengetengahkan peranan pelbagai komuniti dalam membentuk landskap sosial Tanah Melayu melalui elemen interaktif. Galeri ini memperkenalkan tokoh masyarakat, intelektual awal, pelopor wanita, gerakan kebudayaan serta pejuang tempatan, sekali gus memperlihatkan asas pembentukan kesedaran kebangsaan.
Galeri 3 – Merdeka & Kenegaraan
Bangunan Seri Negara menjadi lokasi kepada pelbagai detik penting dalam sejarah negara, termasuk pengumuman Malayan Union (1946), Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (1948), pembentukan Parti Perikatan (1952), Pilihan Raya Umum pertama (1955), penggubalan Perlembagaan Persekutuan (1956–1957), serta Perjanjian Kemerdekaan 1957. Peristiwa-peristiwa ini menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara berdaulat yang berteraskan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Galeri 4 – Malaysia: Suara, Citra & Harapan
Galeri ini meneroka era selepas kemerdekaan, termasuk pembentukan Malaysia pada tahun 1963, peranan negara dalam ASEAN, serta perkembangan identiti nasional. Ia meraikan kepelbagaian budaya, semangat perpaduan dan aspirasi bersama dalam membina masa depan Malaysia.
Ruang Merdeka
Sebuah galeri hibrid yang mempamerkan pilihan karya seni moden dan kontemporari Malaysia daripada koleksi Khazanah Nasional.

03
Pemuliharaan dan Pertukangan
Anjung Pemuliharaan (Conservation Corridors) mengetengahkan proses pemulihan yang teliti, mempamerkan pertukangan tradisional serta perincian seni bina yang dipelihara bagi memastikan legasi bangunan Seri Negara terus hidup.
Warisan Kulinari
Mercu tanda ini turut menempatkan dua konsep santapan eksklusif oleh Serai Group:
- Semuka Café: Menawarkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang diinspirasikan semula dengan sentuhan moden, termasuk Nasi Lemak dan Chicken Chop Hainan, dalam suasana yang selesa dan mesra untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.
- Serai House: Membawakan pengalaman santapan bertemakan “Colonial Contemporary” yang menggabungkan warisan kulinari tempatan dengan sentuhan kontemporari, termasuk hidangan istimewa seperti Rendang Tulang Rusuk Daging.
Key Strategies
KLCCD’s Strategic Master Plan outlines seven core strategies to transform downtown KL into a thriving cultural district.
The new face of Kuala Lumpur
A city shaped by history and growth — explore Kuala Lumpur’s story in our booklet.
Jangan lepaskan peluang untuk menerokai tempat-tempat menarik berdekatan
Shaping the Future of KL
Warisan KL aims to redefine Kuala Lumpur as one of Asia’s premier creative and cultural destinations – a city where history, creativity, and modernity come together to create a dynamic and inclusive urban experience.