Menghidupkan semula jiwa Kuala Lumpur: Memelihara Warisan, Menginspirasikan Kemajuan

Apakah Warisan KL?

Warisan KL ialah sebuah inisiatif pemulihan bandar berteraskan warisan dan budaya di peringkat nasional yang bertujuan menghidupkan semula jiwa Kuala Lumpur melalui penafsiran semula serta peremajaan bangunan dan kawasan bersejarah. Inisiatif ini berhasrat menjadikan bandar raya ini lebih berdaya huni, di samping merangsang peluang baharu dalam sektor pelancongan, keusahawanan komuniti dan pembangunan komersial. Ia mencerminkan komitmen nasional terhadap inovasi serta pembangunan bandar yang inklusif, di mana sejarah, seni, budaya dan kreativiti bergabung bagi membentuk masa depan Kuala Lumpur yang lebih dinamik.
Diterajui dan dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Warisan KL merupakan satu usaha nasional yang menghimpunkan kementerian dan agensi kerajaan, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), rakan strategik sektor swasta serta komuniti untuk bersama-sama membentuk Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang dikenali dengan sejarahnya yang kaya, kepelbagaian warisan dan budaya, makanan autentik serta kreativiti.

Melalui penghidupan semula kawasan-kawasan terpilih, Warisan KL mentransformasikannya menjadi hab yang dinamik bagi budaya, kreativiti dan komuniti. Usaha ini sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan, menarik kehadiran pelancong serta pengunjung tempatan dan antarabangsa, dan merangsang pelaburan. Matlamatnya adalah untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya untuk semua—inklusif, progresif dan mampan.

Inisiatif ini merupakan satu seruan kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada penduduk, usahawan, penggiat seni mahupun pencinta bandar, untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Bersama, kita membayangkan Kuala Lumpur sebagai sebuah kota di mana warisan mengilhamkan masa depan dan kreativiti membentuk hala tuju seterusnya.

Bagi para pelawat, Warisan KL menawarkan hubungan yang lebih bermakna melalui pengalaman bandar yang mendalam dan autentik. Ini merangkumi pengalaman budaya yang imersif, mercu tanda bersejarah yang dipulihara dengan teliti, kawasan kreatif yang dinamik serta ruang awam yang mesra pengguna. Daripada meneroka khazanah seni bina kepada menikmati persembahan seni, kraf dan kulinari tempatan, pengunjung akan merasai sebuah bandar raya yang berbangga dengan akarnya serta bersedia menghadapi masa hadapan.
Mengapa Warisan KL?
Warisan KL menempatkan lebih 500 rumah kedai bersejarah, mercu tanda kolonial serta ikon pasca-Merdeka yang membentuk identiti unik Kuala Lumpur. Setelah sekian lama terpinggir, inisiatif ini menghidupkan semula kawasan bersejarah yang terjejas akibat kemerosotan fizikal serta jurang pembangunan antara kawasan lama dan baharu.
Warisan KL menerajui satu gerakan nasional secara kolektif untuk menghidupkan semula bandar raya ini melalui usaha peremajaan kawasan-kawasan utama warisan, termasuk persekitaran Merdeka 118 yang merangkumi Stadium Merdeka, Carcosa dan Seri Negara, Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad dan kawasan Dataran Merdeka, kawasan sekitar Masjid Jamek, serta Medan Pasar dan Kompleks Dayabumi.

Inisiatif ini berteraskan pembentukan sebuah Kuala Lumpur yang bertenaga dan inklusif, di mana:

Warisan dan kemodenan berkembang seiringan mewujudkan komuniti.

perniagaan dan penggiat kreatif yang berganding bahu untuk membentuk sebuah bandar milik semua.

Warisan KL merupakan kebanggaan negara buat kita semua.

Warisan KL menghidupkan teras bersejarah bandar melalui pendekatan placemaking, acara kebudayaan, pemerkasaan ekonomi dan penglibatan komuniti. Inisiatif ini menghubungkan masa lalu dan masa kini menerusi strategi berteraskan masyarakat, kerjasama strategik serta penceritaan yang bermakna dalam usaha membentuk sebuah bandar yang menghargai warisan sambil melangkah ke arah masa depan.

Bagaimana pembaharuan berteraskan warisan menaikkan nilai taraf Malaysia

  • Merancakkan Sektor Pelancongan & Ekonomi
    • Menarik pelawat tempatan dan antarabangsa serta merangsang pertumbuhan sektor seni, runcit dan hospitaliti
  • Memperkukuhkan Identiti Budaya
    Menonjolkan keunikan warisan Kuala Lumpur serta bakat kreatif tempatan.
  • Memperbanyakkan Ruang Awam & Kawasan Hijau
    Meningkatkan kesejahteraan serta menggalakkan interaksi komuniti.
  • Peluang Pekerjaan & Pertumbuhan Perniagaan
    Menyokong penggiat kreatif dan memperkasa perniagaan tempatan.
  • Pemeliharaan Warisan Kuala Lumpur
    Memastikan sejarah dan identiti bandar terus menjadi teras penting kepada pembangunan masa hadapan.
Terokai detik bermakna
Baca artikel kami and terokai tarikan dan pengalaman yang menghidupkan KL — daripada tradisi dan khazanah budayanya yang abadi hingga ke mercu tanda ikonik serta sudut tersembunyi yang menanti untuk diterokai. Biarkan WarisanKL menjadi panduan anda ke ibu kota Malaysia yang penuh warna dan kehidupan.

Sorotan acara

Warisan KL di Insta

#KreatifKL
Ikuti @WARISANKL

Terokai pelbagai acara di Kuala Lumpur

Kekal maklum dengan pelbagai aktiviti menarik di sekitar bandar! Sama ada anda merancang aktiviti hujung minggu atau mencari pengalaman yang berbudaya, festival, persembahan, pameran dan sebagainya, kalendar acara VisitKL memastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini pelbagai acara menarik di Kuala Lumpur.
Ooops!
Generic Popup2